Senarai lokasi lalu: 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis /17 Dis | 19 Dis | 20 Dis | 21 Dis | 22 Dis | 23 Dis | 24 Dis | 25 Dis | 26 Dis | 31 Dis | 2 Dis | 3 Jan | 7 Jan | 8 Jan
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].
PERNIAGAAN
- Precise Rehab, Galeria Hartamas, Kuala Lumpur
Klinik ini ditutup sementara untuk kerja-kerja pembasmian kuman pada 5 Januari. Seorang ahli terapi di klinik pemulihan fizikal ini disahkan positif Covid-19, menurut notis yang dikeluarkan klinik berkenaan.
Ahli terapi itu berada dalam dua perjumpaan dengan kakitangan dan ahli terapi lain, masing-masing pada 26 dan 28 Disember.
Dia mengalami simptom pada 2 Januari dan disahkan positif pada keesokan harinya.
Kakitangan lain yang menghadiri perjumpaan itu telah menjalani ujian Covid-19 dan kini berada dalam kuarantin, kata pihak klinik itu.
Temujanji akan datang dibatalkan atau dijadualkan semula, katanya.
- Naj dan Belle, Bangsar
Seorang ahli terapi dari Precise Rehab, yang positif Covid-19 pada 3 Jan, menghadiri majlis makan malam di premis ini pada 26 Disember, kata Precise Rehab.
Semua kakitangan Naj & Belle telah melakukan ujian dan didapati negatif Covid-19.
Pegurusan restoran itu berkata ia telah melakukan kerja-kerja pembersihan premisnya setiap malam.
- PC Image, Plaza Pelangi, Johor Bahru
Pengurusan Plaza Pelangi memaklumkan seorang kakitangan dari PC Image positif Covid-19 pada 2 Januari.
Justeru, PC Image akan ditutup sehingga tarikh diberitahu kelak. Kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di semua kawasan yang terjejas.
- Ben's Independent Grocer, Ikano Power Center (IPC), Selangor
Pihak pengurusan memaklumkan beberapa pekerja dari kaunter makanan dan minuman, makanan laut dan runcit diuji positif Covid-19 pada 9 Januari.
Kontak rapat telah dikenal pasti dan mereka telah menjalani ujian saringan serta kuarantin di rumah.
Premis ini akan ditutup pada 9 Januari untuk kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.
- Dragon Noodle, All Season Place, Pulau Pinang
Restoran itu mengatakan dalam pengumuman bertarikh 9 Januari bahawa seorang pekerja telah diuji positif Covid-19, walaupun pekerja tersebut tidak bergejala.
Pekerja itu terakhir bekerja pada 4 Januari. Kotak rapat akan menjalani ujian dalam masa terdekat.
Kedai akan ditutup untuk kerja pembersihan sehingga diberitahu lebih lanjut.
- Restoran Gold Dragon City, Taman Paramount, Selangor
Restoran itu mengatakan bahawa sebilangan pekerjanya diuji positif Covid-19.
Semua kakitangan telah dikuarantin dan menjalani pemeriksaan. Penjejakan kontak rapat sedang dilakukan.
Restoran ini juga ditutup serta-merta untuk pembasmian kuman.
- Restoran O&S, Taman Paramount, Selangor
Seorang pekerja penjaja di restoran ini menunjukkan positif Covid-19 pada 7 Januari. Pekerja itu terakhir bekerja pada 3 Januari.
Restoran akan ditutup pada 8 Januari sehingga diberitahu lebih lanjut untuk kerja pembasmian kuman.
- Medan Selera Kepong, Kuala Lumpur
Medan selera ini memaklumkan melalui Facebook semalam bahawa ia akan ditutup sehingga diberitahu kelak susulan kes Covid-19 yang dilaporkan di sana.
Penutupan ini adalah untuk memudahkan kerja pembersihan dan pengujian kakitangan.
- Sitka Eatinghouse & Wine Bar, Bukit Damansara, Kuala Lumpur
Seorang pelanggan di restoran memberitahu pihak pengurusan bahawa dia positif pada 6 Januari.
Restoran ditutup semalam untuk pembersihan dan menguji kakitangan.
KEDIAMAN
- Pangsapuri Seri Jati 1, Jalan Puchong, Kuala Lumpur
Tiga lagi penduduk diuji positif Covid-19, kata pihak pengurusan pangsapuri ini pada 4 Januari.
Dua daripadanya tinggal di unit tingkat dua Blok B dan masing-masing diuji positif pada 30 Disember 2020 dan 2 Jan, sementara yang lain tinggal di tingkat 4 Blok A dan diuji positif pada 4 Januari.
- The Zest @ Kinrara 9, Puchong, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 5 Januari bahawa seorang penduduk menunjukkan positif Covid-19 pada 9 Januari.
Pembersihan telah dilakukan di kawasan umum.
- Beberapa rumah panjang di Sibu, Sarawak
Dilaporkan bahawa Sibu telah mencatatkan 37 kes positif baru di lapan rumah panjang. Kluster baru itu dinamakan Kluster Pasai Siong.
Lapan rumah panjang yang terjejas adalah Jelian Nayor, Ringgit Unchu, Pom Maja, Nyanggai Alok, Jeram Empin, Langi Ambau, Kelly Chundau dan Nyambong Ajon.
Kes indeks adalah seorang wanita yang kembali ke rumah panjangnya pada 29 Disember setelah mengunjungi Johor Bahru.
Dia melakukan ujian calitan untuk kali pertama ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan hasilnya negatif.
Ujian calitan kedua pada 5 Januari di klinik kemudian menunjukkan dia positif.
Lapan rumah panjang dan kawasan sekitarnya juga akan dikenakan sekatan selama 14 hari.
- Kondominium Ken Damansara, Petaling Jaya, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa seorang penduduk dari Blok A diuji positif Covid-19.
Kenalan rapat telah dikenal pasti. Semua kawasan umum telah dibersihkan.
- Mont Kiara Aman, Mont Kiara, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 9 Januari bahawa ada satu lagi kes yang disahkan. Ia merupakan kes keenam yang dilaporkan di kediaman berkenaan.
Pembersihan untuk semua kawasan dan kemudahan umum telah dilakukan.
Semua kemudahan akan ditutup sehingga diberitahu kelak.
- Kondominium Savanna Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan mengesahkan bahawa terdapat enam kes aktif di kalangan penghuninya.
Penduduk yang terjejas berasal dari Blok C2, Blok B1, Blok C1 dan Blok A2.
Pembersihan telah dilakukan.
- Kondominium Pandan Heights, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 6 Jan bahawa dua penduduk dari Blok 30 diuji positif Covid-19.
Pembersihan telah dilakukan di semua kawasan umum.
- Kondominium Eksklusif Perdana, Damansara Perdana, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 7 Jan bahawa seorang penduduk dari Blok E diuji positif Covid-19.
Penduduk itu dikuarantin sementara menunggu arahan selanjutnya dari Kementerian Kesihatan.
Kawasan umum telah dibersihkan.
- SK One Residence, Seri Kembangan, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa salah seorang penghuninya telah positif Covid-19.
Pihak pengurusan juga mengatur pembasmian kuman secara intensif di kawasan umum tidak lama lagi. Sementara itu, pembersih akan melakukan pembersihan tambahan di kawasan umum.
Kemudahan awam di Tingkat 6 juga akan ditutup buat sementara waktu.
- Kondominium Changkat View, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan menghantar notis semalam bahawa terdapat kes Covid-19 yang baru disahkan pada 7 Januari.
Ini adalah kes keempat yang dilaporkan di kondominium itu tahun ini.
- Kelana Puteri, Kelana Jaya, Selangor
Pihak pengurusan kondominium tersebut melaporkan bahawa seorang penduduk didapati positif semalam.
Keluarga penduduk telah dikuarantin, dan pembersihan kawasan dan kemudahan umum akan dilakukan.
- Kondominium Kenanga Point, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan melaporkan seorang penduduk telah dibawa oleh Kementerian Kesihatan pada 5 Januari setelah positif Covid-19.
Kerja pembasmian kuman sudah dilakukan.
- Teratai Mewah, Kuala Lumpur
Nanyang Siang Pau melaporkan bahawa seorang penduduk diuji positif pada Hari Tahun Baru. Empat ahli keluarga yang lain kemudiannya didapati positif virus tersebut.
- Desa Alpha, Kuala Lumpur
Pihak pengurusan menghantar notis pada 5 Januari bahawa seorang penduduk diuji positif. Kerja pembersihan dilakukan di kawasan umum.
- Pelbagai kawasan, Kulai, Johor
Jabatan Kesihatan Kulai melaporkan bahawa terdapat kes baru di Jalan Perindustrian 1 (48), dan masing-masing satu kes baru di Jalan Persiaran Teknologi, Jalan Rajawali, Jalan Camar, Taman Cantik, Taman Saga, Taman Senai Jaya, Taman Handal, Jalan Cengal, Temenggung, dan Jalan Melati.
- 8 Gurney, Pulau Pinang
Pihak pengurusan menghantar notis pada 6 Januari bahawa kes Covid-19 telah dikesandi kawasan itu. Kerja pembersihan telah dijalankan.
- The Peak Residences, Pulau Pinang
Pihak pengurusan menghantar notis pada 5 Januari berhubung kes Covid-19. Kerja pembersihan telah dijalankan.
- Tamarind, Pulau Pinang
Pihak pengurusan menghantar notis pada 6 Januari bahawa terdapat dua kes Covid-19 yang disahkan. Kerja pembersihan telah dijalankan.
- Setia V-Residences, Pulau Pinang
Pihak pengurusan menghantar notis pada 6 Januari bahawa seorang penduduk menunjukkan positif Covid-19. Kerja pembersihan telah dijalankan.
TAPAK PEMBINAAN
- Tapak Bina Birch SCP, Kuala Lumpur
Kementerian Kesihatan telah menutup tapak pembinaan ini dari 6 hingga 13 Januari setelah kes Covid-19 dikesan.
KEMUDAHAN SUKAN DAN REKREASI
- Botanic Resort Club, Klang, Selangor
Pihak pengurusan mengesahkan dalam notis bertarikh 8 Jan bahawa seorang kakitangan dan tiga pekerja kontrak didapati positif Covid-19.
Kelab ini juga akan ditutup pada 9 Jan dan 10 Jan untuk memudahkan kerja-kerja pembasmian kuman di semua kawasan umum.
- Kelab Golf & Desa Kota Permai, Shah Alam, Selangor
Pihak pengurusan memaklumkan dalam satu kenyataan pada 9 Januari bahawa seorang kakitangannya positif Covid-19.
Pekerja itu kali terakhir bertugas pada 7 Januari dan telah mengunjungi pejabat pada pukul 11.30 pagi serta kantin kakitangan pada pukul 1.20 tengah hari.
Kelab ini akan ditutup pada 10 Januari dan 11 Januari bagi kerja-kerja pembersihan.
- Kelab Golf Royal Selangor, Kuala Lumpur
Kelab itu mengatakan dalam satu notis bahawa dua kakitangan dari bahagian makanan dan minuman positif Covid-19, seperti yang dilaporkan oleh The Malay Mail.
Ruang istirahat utama, restoran Modesto, rotunda dan kantin akan ditutup dari 8 Januari hingga 14 Januari.
- Tropicana Golf and Country Resort, Petaling Jaya, Selangor
Resort ini dilaporkan memaklumkan bahawa seorang kedi dari luar positif Covid-19, tiga hari selepas hari terakhirnya bekerja pada 3 Januari.
Pembasmian kuman telah dilakukan di resort berkenaan.
BANGUNAN KERAJAAN
- Cawangan Puspakom Cheras, Desa Tun Razak, Kuala Lumpur
Cawangan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) di Cheras akan ditutup sehingga diberitahu kelak kerana salah seorang pekerjanya didapati positif Covid-19.
Semua kakitangan dari cawangan yang sama juga akan menjalani pemeriksaan sementara kontak rapat harus menjalani kuarantin selama 14 hari.
Bagi pelanggan yang telah membuat janji temu, semua pembayaran janji temu pemeriksaan akan dikembalikan secara automatik, kata Puspakom.
[Senarai ini akan dikemas kini]