Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banjir: Operasi tren Pantai Timur KTMB batal mulai malam ini
Diterbitkan:  Jan 7, 2021 12:07 AM
Dikemaskini: 5:28 PM

Perkhidmatan KTM Intercity untuk perjalanan ke Pantai Timur membabitkan tren Ekspres Timuran No. 26 dan No. 27 bagi laluan Johor Bahru Sentral-Tumpat dan sebaliknya, serta tren Shuttle Timuran, dibatalkan mulai malam ini.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, pembatalan perjalanan itu dibuat susulan landasan antara Kuala Krai dan Bukit Abu, Kelantan ditenggelami banjir.

“Pihak KTMB terpaksa membatalkan perkhidmatan tren demi keselamatan penumpang dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun penumpang yang terjejas dengan perkhidmatan itu boleh menukar tarikh perjalanan atau mendapatkan pemulangan tambang penuh, mengikut terma dan syarat.

Sebarang maklumat terkini boleh didapati di saluran media baharu KTMB atau menghubungi Pusat Panggilan KTMB di 03-22671200.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS