Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zulkifli: Akta berkaitan pensijilan halal akan dipinda

Kerajaan akan meminda akta berkaitan pensijilan halal bagi mengelakkan berlaku pertindihan selain memperkemas undang-undang sedia ada, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Zulkifli Mohamad.

Selain itu katanya pihak berkuasa juga akan melaksanakan pendigitalan kod bar produk makanan halal.

“Ada beberapa tindakan yang akan kita lihat dengan lebih berkesan dan kita sedang membuat satu mekanisme atau persediaan ke arah itu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir sekitar Slim River di Sekolah Kebangsaan Kuala Slim, di Tanjung Malim hari ini.

Sementara itu, Zulkifli berkata pihaknya bersedia mempereratkan lagi jalinan kerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) khususnya dalam audit yang dilaksanakan terhadap loji penyembelihan di luar negara sebelum diberi kebenaran mengeksport daging ke negara ini.

“Sekarang sudah ada pegawai SPRM bersama kami di Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah, hubungan kita dengan SPRM cukup baik dan mungkin boleh dieratkan lagi mengikut kesesuaian pelaksanaan isu yang berkait dengan rasuah dan salah guna kuasa," katanya.

Zulkifli mengulas laporan akhbar hari ini yang memetik bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub sebagai berkata dia pernah cuba menambah baik prosedur audit loji penyembelihan di luar negara yang menghasilkan daging sejuk beku ke negara ini ketika pentadbiran kerajaan PH.

-Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS