Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Antara kes Muhyiddin dan Zahid, mana lebih berat? - Annuar

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa hari ini 'mengenang' kembali kes pemecatan Muhyiddin Yassin daripada Umno ketika ditanya wartawan mengenai kemungkinan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikenakan tindakan kerana didakwanya memberikan sokongan kepada ketua pembangkang, Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun bekas setiausaha agung Umno itu tidak menyarankan sebarang tindakan.

Sebaliknya Annuar memberikan pandangan yang terbuka untuk ditafsir oleh orang ramai.

"Ya kalau tidak ada antara dua darjat, itulah (tindakan). Kalau undang-undang tertakluk kepada semua, maka jawapannya jelas," katanya.

Terdahulu Annuar ditanya wartawan mengenai alasan dia dipecat daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN semalam dan jika ia dibuat tidak mengikut peratuan.

Dia juga ditanya sama ada Ahmad Zahid boleh dikenakan tindakan ekoran pemecatan tersebut.

"Saya tak boleh cakap sebab (saya bukan) ahli majlis tertinggi (MT Umno). Itu bergantung kepada majlis tertinggi.

"Kalau kita ingat kenapa Muhyiddin Yassin dipecat dulu... itu baru bercanggah pendapat dengan pucuk pimpinan sahaja.

"Yang mana lebih berat?" katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Tak sampai 100 bahagian

Untuk rekod krisis dalaman Umno menjelang pilihan raya umum ke-14 lalu menyaksikan Muhyiddin serta beberapa pemimpin kanan parti tersebut dipecat atau digantung ekoran pendedahan skandal 1MDB.

Muhyiddin - ketika itu menyandang jawatan timbalan presiden - akhirnya dipecat daripada Umno kerana lantang mengkritik presiden waktu itu, Najib Razak.

Turut terksan ialah Mukhriz Mahathir dan Mohd Shafie Apdal.

Pada sidang media tadi, Annuar mendedahkan Ahmad Zahid ada membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar yang juga presiden PKR.

Gambar fail

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan PN. 

Anggota parlimen Ketereh itu turut mempersoalkan apakah benar 189 bahagian Umno mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Katanya usul yang dibuat melalui mesyuarat tahunan bahagian itu sepatutnya melalui prosedur yang termaktub dalam perlembagaan parti.

"Apakah you percaya semua bahagian usul begitu, termasuk Ketereh? Umno ada 191 bahagian, dua bahagian tidak bermesyuarat.

"Adakah you yakin semua 189, adakah Semberong berpandapat begitu, adakah bahagian Rembau berpendapat begitu? Putrajaya berpendapat begitu? Bahagian Bera berpendapat begitu? Hanya telefon, tanya pemimpin kanan, anggota kabinet, pemimpin kanan.

"Maklumat setakat ini diberitahu kepada saya, yang secara rasmi buat usul sedemikian 99 bahagian yang secara terus menolak Bersatu," katanya.

Untuk rekod Sembrong kini diwakili bekas naib presiden Umno Hishammuddin Hussein, manakala Rembau Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Putrajaya pula diketuai bekas menteri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Bera, Ismail Sabri Yaakob.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS