Urusan Jemaah Menteri akan beroperasi sepenuhnya tanpa menggunakan kertas setelah beralih sepenuhnya ke sistem digital, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin.
"Kabinet Malaysia, akhirnya, tanpa guna kertas hari ini. Selepas peralihan selama enam bulan dengan kita menerima sekotak kertas fizikal setiap minggu, hari ini sudah tidak ada.
"Segala-galanya di pelayan (server) selamat yang dapat diakses oleh peranti kami. Lebih baik lewat daripada tidak berlaku," ciapnya pagi ini.
Kerajaan telah berusaha keras untuk tidak menggunakan kertas sejak 2016.
Tahun lalu mereka melancarkan versi kedua Sistem Pengurusan Dokumen Digital (DDMS 2.0) untuk membolehkan agensi kerajaan membuat dan menguruskan rekod secara dalam talian.