Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
17 loji rawatan air di Pahang ditutup sebab banjir

Sebanyak 17 loji rawatan air (LRA) di tujuh daerah di Pahang terpaksa ditutup ekoran banjir, menurut Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).

PAIP menerusi kenyataan hari ini memaklumkan secara keseluruhan 26 LRA terjejas akibat banjir, namun sembilan daripadanya sudah mula beroperasi mulai jam 11 pagi tadi.

"LRA yang masih ditutup melibatkan loji dalam Raub, Lipis, Maran, Bentong, Bera, Jerantut dan Temerloh.

"Ia ekoran peningkatan paras sungai dan bekalan elektrik yang terputus," menurut kenyataan itu.

Bagi membantu penduduk, PAIP telah menghantar lori tangki ke kawasan yang terjejas, khususnya di pusat pemindahan sementara selain turut mengagihkan air minuman kepada orang ramai.

PAIP turut menerima bantuan tambahan lori tangki melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) daripada operator air negeri termasuk dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS