Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Peringatan pada Bersatu, kata 12 pemimpin Umno bahagian Kelantan
Diterbitkan:  Jan 5, 2021 12:27 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Dua belas daripada 14 pemimpin kanan Umno bahagian di Kelantan tampil menyatakan sokongan terhadap pengunduran mengejut ketua mereka daripada jawatan kerajaan semalam.

Dalam kenyataan bersama didahului Ketua Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, mereka menyifatkan keputusan Ahmad Jazlan Yaakob sebagai berprisip dan tidak mementingkan diri demi maruah parti.

“Pendirian yang dinyatakan oleh beliau amat jelas membuktikan bahawa ahli parti jangan takut kehilangan jawatan demi mempertahankan parti,” kata mereka.

Kumpulan itu juga menyifatkan tindakan itu sebagai peringatan kepada parti Bersatu supaya “jangan memperkecilkan dan membuli Umno seolah-olah parti ini tiada maruah”.

Selain Tengku Razaleigh, kenyataan itu dikeluarkan bersama:

Mohd Fatmi Mohd Salleh
Timbalan pengerusi
Ketua bahagian Kota Bharu

Akbar bin Salim
Setiausaha
Ketua bahagian Rantau Panjang

Mohamed Zulkipli Omar
Bendahari
Ketua bahagian Kuala Krai

Zawawi Othman
Ketua Penerangan
Ketua bahagian Pasir Puteh

Zaluzi Sulaiman
Ketua bahagian Pengkalan Chepa

Zulkifli Abdullah
Ketua bahagian Tumpat

Ab Ghani Harun
Ketua bahagian Pasir Mas

Mohd Zain Yasim
Ketua bahagian Bachok

Abdul Aziz Derashid
Pemangku ketua bahagian Jeli

Bakri bin Yusoff
Pemangku ketua bahagian Kubang Kerian

Wan Mohd Adnan Wan Aziz
Timbalan ketua bahagian Machang



Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS