Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
China larang import pepejal buangan mulai 1 Jan 2021
Diterbitkan:  Jan 2, 2021 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

GLOBAL | China melarang sepenuhnya import pepejal buangan bermula 1 Januari 2021.

Menurut “Notis Larangan Mengenai Import Pepejal Buangan” dikeluarkan Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Kementerian Perdagangan, dan Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, lambakan, longgokan dan pelupusan pepejal buangan yang diimport dari luar negara juga diharamkan di wilayah China.

Sementara itu, Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar China juga tidak akan meluluskan dan mengeluarkan permit untuk mengimport pepejal buangan yang boleh dijadikan sebagai sumber bahan mentah.

Dalam perkembangan lain, China akan meningkatkan tahap penggunaan pepejal buangan domestik sebagai sumber bahan mentah, memperincikan tadbir urus terhadap pusat pengumpulan dan pengagihan pepejal buangan.

Selain itu, mereka yang melanggar peraturan pelupusan pepejal buangan akan dikenakan tindakan dan sebahagian syarikat berprestij rendah digesa mempercepatkan langkah transformasi dan penaiktarafan industri serta mendorong sektor tenaga boleh baharu di negara ini berkembang dan lebih berkualiti tinggi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS