Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Amaran hujan lebat di Johor, Pahang
Diterbitkan:  Jan 2, 2021 3:06 PM
Dikemaskini: 7:06 AM

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya (merah) di beberapa kawasan di Johor dan Pahang.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan hujan sangat lebat dijangka berterusan hari ini di Johor iaitu di Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru, manakala hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Pontian sehingga esok.

Hujan lebat juga dijangka berlaku di Pahang sehingga esok iaitu di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Amaran cuaca waspada (kuning) dengan hujan lebat pula dikeluarkan bagi Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera di Pahang serta Kelantan dan Terengganu, manakala di Tangkak dan Muar, Johor sehingga Isnin.

“Amaran sama dikeluarkan di Sabah melibatkan Pantai Barat (Tuaran, Ranau, dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat hari ini,” kata kenyataan itu di Kuala Lumpur hari ini.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS