Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Michael Chong positif Covid-19, pejabat MCA disanitasi
Diterbitkan:  Dec 31, 2020 4:13 PM
Dikemaskini: Jan 1, 2021 6:54 AM

Ketua Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Michael Chong dijangkiti Covid-19 selepas menghadiri satu perjumpaan pada 26 Dis lalu.

Chong menjalani ujian Covid-19 di makmal swasta setelah beberapa rakannya menunjukkan simptom.

Menurutnya dia diberitahu mengenai keputusan tersebut pagi ini.

"Lebih daripada sepuluh individu yang menghadiri acara tersebut menunjukkan gejala secara beransur-ansur. Seorang rakan yang demam kemudian bertanya saya sekiranya saya ada menunjukkan gejala demam. Saya sama sekali tidak mengalami gejala, hanya berasa letih.

"Tetapi saya menjalani ujian Covid-19 dan ternyata positif," katanya seperti dipetik oleh Kwong Wah Daily.

Walaupun Chong menjalani kuarantin kendiri di rumah, semakan mendapati dia mengadakan sidang media di ibu pejabat MCA semalam.

Klip video dan gambar menunjukkan dia memakai pelitup muka sepanjang sidang media itu diadakan.

Dilaporkan bahawa kerja-kerja sanitasi telah dilakukan di tingkat tujuh ibu pejabat MCA.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS