Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Gangguan bekalan air di 43 kawasan di Petaling akibat paip pecah
Diterbitkan:  Dec 29, 2020 11:23 PM
Dikemaskini: 3:32 PM

Sebanyak 43 kawasan di wilayah Petaling akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual, susulan satu insiden paip putus petang tadi.

Pengurusan Air Selangor dalam kenyataan berkata insiden paip putus itu berlaku berikutan kejadian tanah runtuh di Damansara Utama.

"Air Selangor telah memulakan kerja-kerja pembaikan paip yang terputus tersebut.

"Walaubagaimanapun, jangkaan kerja pembaikan siap masih tidak dapat dipastikan dan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," kata Air Selangor dalam satu kenyataan malam ini.

Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air adalah seperti berikut:

  • Hotel Eastin
  • Bandar Ikon
  • Kampung Padang Tembak
  • Kampung Bukit Lanjan
  • Kampung Sungai Kayu Ara
  • Kampung Sungai Penchala
  • Kelab Menembak Subang
  • Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA)
  • Kelab Golf & Desa Kuala Lumpur (KLGCC)
  • Paradigm Mall
  • Phileo Damansara, KL
  • Pinggiran TTDI
  • PJU 1A, Ara Damansara
  • PJU 3, Kota Damansara
  • PJU 6, Pelangi Damansara
  • PJU 7, Mutiara Damansara
  • PJU 8, Damansara Perdana
  • Seksyen 11- 14, PJ
  • Seksyen 16-17, PJ
  • Seksyen 19-22, PJ
  • SS1- SS8 (FTZ)
  • SS9A
  • SS20- SS22
  • Taman Suria
  • Taman Tun Dr Ismail (TTDI)
  • Kelab Golf & Desa Tropicana
  • Universiti Malaya

Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS