Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Khairy cedera basikal langgar lubang, JKR mohon maaf
Diterbitkan:  Dec 27, 2020 9:49 PM
Dikemaskini: 3:15 PM

Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Langat hari ini memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin susulan insiden Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu mengalami kecederaan selepas basikal dinaikinya terlanggar lubang.

Khairy cedera di bahagian muka selepas terjatuh ketika melakukan aktiviti berbasikal di Jalan Kampung Sri Cheeding, Banting, Selangor hari ini.

"JKR Hulu Langat memohon maaf atas kejadian yang menimpa YB menteri dan akan mengambil tindakan segera ke atas isu berkenaan dan mendoakan YB cepat sembuh," kata JKR Kuala Langat menerusi Twitter.

Terdahulu, Bernama melaporkan Setiausaha Akhbar Khairy, Raja Syahrir Raja Abu Bakar‏ memberitahu menteri itu terjatuh selepas basikal ditunggangnya melanggar lubang di atas jalan raya kira-kira 11 pagi tadi.

Khairy mengesahkan perkara itu melalui akaun Twitter miliknya dengan memuat naik sekeping gambar memaparkan keadaan muka yang lebam dan gambar lokasi kejadian.

“Terima kasih kepada rakan-rakan yang bertanya. Alhamdulillah @khairykj (Khairy) hanya alami kecederaan kecil dan tiada yang serius,” kata raja Syahrir.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS