Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lepas jumpa Anwar, MP Julau kekal pengerusi sementara PKR S'wak
Diterbitkan:  Dec 26, 2020 9:47 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

Ahli Parlimen Julau Larry Sng memutuskan untuk kekal sebagai pengerusi sementara PKR Sarawak.

Ini susulan "perbincangan terbuka yang panjang" bersama Presiden PKR Anwar Ibrahim.

"Perbincangan kami menyentuh mengenai pemimpin Dayak yang sesuai dalam PKR Sarawak, autonomi PKR Sarawak, kerangka pemilihan calon pilihan raya dan kedudukan kami untuk bekerjasama dengan parti di luar Pakatan Harapan.

"Kami berjaya mencapai persefahaman dan saya akan kekal sebagai pengerusi (PKR Sarawak) untuk sementara waktu," kata Sng pada catatan Facebooknya malam ini.

Sng mengambil alih jawatan pengerusi PKR Sarawak awal tahun ini selepas pendahulunya Baru Bian keluar parti.

Pada hari Selasa, dia mengumumkan pengunduran dirinya sebagai pengerusi PKR Sarawak, dengan menyebut jawatan tertinggi parti itu sepatutnya diketuai oleh pemimpin Dayak sebelum pilihan raya negeri akan datang.

Pada malam sama, Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak menolak peletakan jawatan Sng.

Sng berkata dia bersedia menjadi pemimpin sementara hanya jika pimpinan parti bersetuju dengan permintaannya supaya dia digantikan oleh pemimpin Dayak.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS