Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tangkapan warga asing: Peguam gesa pembaharuan undang-undang

Seorang peguam menggesa pembaharuan undang-undang susulan seorang pelajar Bangladesh ditahan pihak berkuasa selama hampir dua minggu kerana didakwa tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Suraj Singh membuat gesaan itu untuk bagi mencegah penganiayaan terhadap hak asasi pelajar dan pekerja asing di Malaysia.

Ketika dihubungi hari ini, peguam itu berkata Akta Imigresen 1959/1963 perlu dikaji semula kerana memberi kuasa luas kepada agensi penguatkuasaan untuk menahan seseorang warga asing sehingga 14 hari sebelum dihadapkan ke Majistret.

Dia berkata masalah ini juga boleh dilihat apabila pegawai penguatkuasa menahan pelajar asing walaupun mereka menjelaskan bahawa pasport mereka disimpan oleh pihak universiti.

Suraj berkata anak guamnya, seorang warga Bangladesh yang belajar kursus peringkat ijazah di sini, ditahan selama 10 hari mulai 3 Nov lalu.

Dia berkata anak guamnya hanya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 13 Nov, di mana pelajar itu didakwa tidak mendapat kebenaran untuk tinggal di Malaysia.

“Kes ini menunjukkan bahawa Undang-Undang Imigresen perlu dikaji semula.

"Proses reman membolehkan mahkamah meneliti keadaan individu yang ditangkap (warga asing).

“Namun, di bawah Undang-Undang Imigresen, seseorang (warga asing) boleh dipenjara hingga 14 hari tanpa haknya untuk diperiksa atau aduannya (jika ada) didengar.

"Kita perlu menyingkirkan peraturan 14 hari (penahanan sebelum dibawa ke majistret) kerana hak warga asing tidak dilindungi (ketika berada dalam tahanan 14 hari)," kata Suraj.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS