Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Presiden Perancis disahkan positif Covid-19
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 8:28 PM
Dikemaskini: 12:28 PM

GLOBAL | Presiden Perancis Emmanuel Macron disahkan positif Covid-19, kata pejabatnya pada Khamis.

Menurut Agensi Berita Anadolu, Istana Elysee dalam satu kenyataan menyatakan presiden menjalani ujian pantas PCR dan didapati positif. 

Beliau mengambil ujian itu setelah mengalami gejala ringan.

"Seperti semua orang yang mematuhi arahan pihak berkuasa kesihatan, presiden Macron akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari. Beliau akan terus menjalankan tugasnya dari rumah,” tambah kenyataan itu.

Pada pertengahan Oktober, isteri beliau Brigitte Macron juga disahkan positif Covid-19 dan kemudian menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu.

Macron menjadi pemimpin utama dunia terkini dijangkiti virus itu, termasuk Presiden Donald Trump dan Perdana Menteri Britain Boris Johnson, kedua-duanya telahpun sembuh.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS