Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lokasi kes Covid-19 hari ini (17 Dis)
Diterbitkan:  Dec 17, 2020 3:14 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Senarai terdahulu: 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis | 10 Dis | 11 Dis | 13 Dis | 14 Dis | 15 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PREMIS PERNIAGAAN

  • Pasar Awam Larkin, Medan Selera Larkin, Johor

Bernama memetik Jabatan Kesihatan Johor berkata seorang pekerja di pasar awam telah diuji positif Covid-19.

Pasar dan medan selera itu ditutup untuk kerja-kerja sanitasi dan bagi pekerja menjalani pemeriksaan.

  • Pasar Besar Klang, Jalan Meru, Klang, Selangor

Sinchew Daily melaporkan Pasar Besar Klang di Jalan Meru, Klang ditutup susulan 14 penjual ikan dari Blok C diuji positif Covid-19.

Menurut laporan itu, pasar itu masih belum dibasmi kuman manakala pekerja asing di lokasi tersebut belum disaring.

Malaysiakini sedang mendapatkan pengesahan daripada Kementerian Kesihatan.

  • Restoran Taj, Kuantan, Pahang

Individu yang berkunjung ke restoran ini dari 30 November hingga 9 Disember, dan mengalami gejala demam, batuk atau sakit tekak, disarankan untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.

Pemeriksaan percuma secara pandu lalu untuk individu yang terjejas dilakukan di Klinik Kesihatan Indera Mahkota hingga jam 4.30 petang hari ini, kata Jabatan Kesihatan Kuantan.

Mereka yang ingin menjalani ujian diminta membawa pen mereka sendiri dan memakai pelitup muka dengan betul.

  


BANGUNAN KERAJAAN

  • Jabatan Pendidikan Johor, Johor Bahru

Bernama memetik Jabatan Kesihatan Johor berkata seorang pegawai jabatan diuji positif Covid-19.

Premis ditutup bagi kerja-kerja pembersihan dan pekerja menjalani pemeriksaan.


KEDIAMAN

  • Berbagai kawasan di Kulai, Johor

Menurut Jabatan Kesihatan Kulai, beberapa kawasan mencatatkan kes baru Covid-19, iaitu Taman Scientex Jaya, Desa Idaman, Seelong, serta Taman Senai Indah di Senai, dan Taman Sri Pulai dan Taman Iris di Kulai.

  • Kampung Tombol, Kota Belud, Sabah

Pejabat Kesihatan Kota Belud menggesa semua pihak yang menziarahi keluarga si mati di Jalan Haji Majol, Kampung Tombol (bersebelahan Pasar Tani/ Bazar Rakyat) untuk menjalani pemeriksaan Covid-19.

Pemeriksaan percuma akan tersedia di Dewan Tun Said, di sebelah pejabat pos, hari ini dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari, menurut satu notis.

  • Periwinkle, Bandar Rimbayu, Selangor

Pengarah Eksekutif NGO hak asasi (Edict) Khalid Ismath, yang tinggal di sini, telah diuji positif Covid-19.

Dia mempunyai kontak rapat dengan ibunya, yang positif Covid-19 minggu lalu.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS