Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sembuh atau pulih dari wabak Covid-19 tidak bermakna berakhirnya penderitaan, sebaliknya bagi mangsa yang selamat dari virus itu, mereka perlu berdepan pula dengan stigma masyarakat.

Bagi mangsa pesakit Covid-19 Hazwani Hani, pesakit bukan sahaja berdepan dengan stigma masyarakat, tetapi juga kumpulan perubatan profesional.

"Orang akan sebarkan gambar perkahwinan saya, pergi kawasan rumah kami dan gambil gambar rumah, kereta kami ... Saya tidak boleh (faham), ini penyakit, bukan jenayah," ciapnya di Twitter pada Selasa.

Kisah Hazwani bermula pada pagi 17 Oktober, ketika dia bangkit dari tidur dan mengalami selesema dan sakit otot yang ringan.

Ketika itu dia mengandung lebih 37 minggu dan bimbang akan kesihatannya dan bayinya.

Oleh itu, dia meminta suaminya membawanya ke sebuah hospital swasta, dan melakukan pemeriksaan bulanannya pada keesokan harinya untuk memastikan mereka sihat.

Pemeriksaan awal mendapati bahwa dia memiliki suhu normal, tetapi hospital menempatkannya ke ruang pengasingan dan melakukan ujian calitan sebagai langkah berjaga-jaga.

Hazwani bagaimanapun tidak bimbang kerana tidak mempunyai sebarang gejala. Tetapi pada malam 19 Oktober, dunianya menjadi “tunggang-langgang”.

"Maafkan saya, puan. Keputusan anda positif," dia mengimbas kembali akan kata-kata seorang jururawat memberitahunya hasil keputusan ujian saringannya.

Walaupun pada awalnya dia panik dan rindu akan keluarga ketika diasingkan di Hospital Sungai Buloh, Hazwani bagaimanapun gembira apabila pulih sepenuhnya setelah dua minggu dikuarantin mengikuti prosedur operasi standard (SOP).

Semua keluarga terdekatnya juga melalui ujian saringan, bagaimanapun mereka didapati negatif virus tersebut.

Sebaliknya, sikap masyarakat di sekitarnya menjadi buruk. Selain jiran yang jengkel, Hazwani berkata, pelbagai tuduhan palsu juga dilemparkan terhadap dirinya dan keluarganya.

Ini termasuk tuduhan bahawa dia pernah pergi ke kawasan terdapat kes Covid-19.

"Sekadar untuk menjelaskan, saya bahkan tidak tahu bagaimana dan dari mana saya mendapat virus ini. Sekiranya kamu berfikir secara logik, untuk wanita hamil seperti saya, saya hanya pergi dari rumah ke pejabat. Saya tidak pergi ke mana-mana," katanya.

Ketika dihubungi, Hazwani mendedahkan bahawa dia masih mengalami stigma walaupun dia telah positif pada dua bulan lalu.

"Ya, kami masih (menghadapi stigma). Bahkan jiran kami takut untuk bertegur sapa dengan kami. Setiap kali kami keluar dari rumah, mereka akan cepat-cepat masuk ke dalam rumah mereka," katanya kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS