Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tiada rancangan perkenal semula GST setakat ini - menteri

Kerajaan tiada sebarang keputusan yang akan diambil berkenaan kemungkinan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam keadaan pandemik Covid-19 dan sehingga keadaan ekonomi pulih.

Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata keutamaan pada masa ini adalah menyokong usaha-usaha memerangi penularan Covid-19, melindungi rakyat dan menyokong perniagaan.

Bagaimanapun beliau berkata kerajaan sedang menjalankan kajian dan mendapatkan pandangan serta maklum balas pelbagai pihak berkepentingan mengenai kesesuaian untuk melaksanakan apa-apa model cukai kepenggunaan dengan mengambil kira semua aspek termasuk kelemahan sistem cukai jualan dan cukai perkhidmatan sekarang, serta kelemahan sistem GST terdahulu.

“Kajian ini akan meliputi kesan ke atas ekonomi, kos sara hidup, kesan cukai ke atas harga barang serta keupayaan menangani kegiatan ekonomi gelap.

“Sebarang sistem cukai, sama ada ditambah baik atau baharu, perlu bersifat mudah ditadbir dan tidak meningkatkan kos perniagaan di samping dapat mengukuhkan kedudukan fiskal negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat hari ini,

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ling Chai Yew (PH-DAP) sama ada kerajaan mempunyai rancangan untuk mengembalikan sistem cukai GST serta kesannya ke atas rakyat berpendapatan rendah dan impak terhadap ekonomi negara.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS