Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cekik isteri sampai mati sebab percaya fitnah hubungan sulit

Gara-gara mempercayai fitnah yang mengatakan isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain, seorang lelaki Orang Asli, 45, bertindak mencekik isterinya hingga mati dalam kejadian di sebuah kampung di Gua Musang, kelmarin.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat berkata, mangsa yang juga ibu kepada lima anak meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan di bahagian leher akibat dicekik.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian pada jam 10 malam suami mangsa bertindak meminum racun rumput dipercayai untuk membunuh diri selepas kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati suspek mengesyaki isterinya melakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki yang tinggal di kawasan itu.

"Selepas berlaku pergaduhan dan pergelutan, suspek dipercayai telah mencekik isterinya di dalam rumah itu.

"Isterinya dipercayai meronta-ronta sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian. Takut dengan keadaan itu, suspek telah keluar dari rumah dipercayai untuk membeli minuman keras dengan memandu kereta," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Ketua Polis Kelantan, DCP Shafien Mamat.

Jelasnya lagi, apabila pulang ke rumah suspek dipercayai minum minuman keras itu sehingga mabuk sebelum bertindak meminum racun sebagai cubaan membunuh diri.

"Susulan itu, suspek dibawa ke Hospital Gua Musang untuk rawatan lanjut selepas penduduk setempat melihat keadaannya yang sudah tidak sedarkan diri.

"Mangsa juga dibawa ke hospital sama untuk dibedah siasat," kata Shafien.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS