Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


PERNIAGAAN

  • DV Ristorante Pizzeria, Damansara Heights, Kuala Lumpur

Seorang pelanggan yang mengunjungi premis ini pada 4 Disember positif Covid-19 pada 7 Disember, kata restoran itu dalam notis hari ini.

Pelanggan lain yang berkunjung ke sini bersama pesakit semuanya diuji negatif pada 9 Disember.

Restoran ditutup untuk kerja pembersihan sementara semua kakitangan akan menjalani pemeriksaan Covid-19.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Kementerian Kesihatan, Putrajaya

Seorang kontraktor media swasta yang mengunjungi pejabat Menteri Kesihatan Adham Baba pada hari Sabtu (5 Dis) diuji positif Covid-19.

Menteri itu membuat hantaran di Facebook hari ini bahawa dia dikenal pasti sebagai salah satu kontak rapat individu itu, dan diarah menjalani kuarantin kendiri di rumah hingga 18 Disember.

Adham mengatakan bahawa dia akan bekerja dari rumah sehingga selesai menjalani kuarantin.

  • Majlis Bandar Raya Pulau Pinang, Bangunan Komtar, Pulau Pinang

Seorang anggota majlis yang bertugas di Jabatan Perbendaharaan positif Covid-19 pada 9 Disember.

Dia terakhir berada di Jabatan Perbendaharaan pada 4 Disember, dan bekerja dari rumah sejak 7 Disember lalu setelah salah seorang anaknya positif Covid-19.

Pembasmian kuman telah dilakukan di Jabatan Perbendaharaan di Tingkat 15 Komtar, dan lokasi-lokasi lain yang sering dikunjungi di bangunan ini termasuk surau, kaunter dan tandas.

Jabatan Perbendaharaan ditutup sehingga 13 Disember.

Sepuluh daripada 15 anggota kakitangan lain yang dikenal pasti sebagai kontak rapat pesakit telah menjalani pemeriksaan Covid-19 sementara selebihnya akan turut membuat pemeriksaan dalam masa terdekat.

Orang ramai dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan dalam talian bagi urusan dengan majlis bandar raya.


PEJABAT

  • Menara Mutiara Bangsar, Kuala Lumpur

Seorang kakitangan di pejabat tingkat bawah positif Covid-19.

Pihak pengurusan dalam satu notis semalam memaklumkan kerja pembasimian kuman sedang diatur.

Pemilik dan penyewa disarankan untuk tidak mengunjungi pejabat pengurusan, dan melakukan semua urusan secara dalam talian atau melalui telefon.


KEDIAMAN

  • Casa Green, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Blok C didapati positif Covid-19, sementara ahli keluarga terdekat pesakit dikuarantin di rumah, kata pihak pengurusan.

Pembasmian kuman di kawasan yang dijangkiti di Blok C dan lif biasa akan dilakukan oleh pekerja pembersihan dalaman dan pasukan luar.

Gimnasium ditutup selama 14 hari sementara pembasmian kuman akan dilakukan untuk kawasan umum di Blok A dan B.

Penduduk baru dilarang masuk dalam tempoh ini sementara kerja-kerja pengubahsuaian tidak dibenarkan melainkan untuk pembaikan segera.

  • Simfoni Heights Condominium, Batu Caves, Selangor

Seorang penyewa di Blok E terbukti positif, kata pihak pengurusan dalam notis pada 5 Disember.

Semua langkah susulan sewajarnya telah diambil untuk memastikan risiko minimum bagi penduduk lain, kata pihak pengurusan lagi.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS