Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri kesihatan diperintah kuarantin di rumah
Diterbitkan:  Dec 10, 2020 12:14 PM
Dikemaskini: 4:25 AM

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dikenakan perintah kuarantin di rumah setelah menjadi kontak rapat dengan petugas media yang dijangkiti Covid-19.

Seorang petugas media yang positif dan bergejala hadir ke pejabatnya pada Sabtu lepas.

Menteri kesihatan diperintah kuarantin di rumah

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba dikenakan perintah kuarantin di rumah setelah menjadi kontak rapat kepada petugas media yang dijangkiti Covid-19.

Mengumumkan perkara itu di media sosial, Adham berkata dia diperintah menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) sehingga 18 Disember.

“Perintah ini dikeluarkan kerana penilaian risiko yang dijalankan oleh KKM Putrajaya mendapati saya adalah kontak rapat kepada seorang petugas media swasta yang hadir ke pejabat saya pada hari Sabtu lepas.

“Beliau didapati positif Covid-19 dan bergejala,” katanya yang akan bekerja dari rumah, termasuk mengadakan mesyuarat dan perbincangan melalui sidang maya.

“Sesiapa pun tidak terkecuali dari mematuhi sebarang perintah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa apatah lagi yang melibatkan langkah pencegahan atau rawatan Covid-19.

“Semoga kita semua dapat memainkan peranan dalam menangani dan melawan Covid-19. Mohon doakan semuanya selamat,” tulisnya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS