Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMAS KINI 11.04pm | Lokasi kes Covid-19 hari ini (9 Dis)

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis | 6 Dis | 7 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


BANGUNAN KERAJAAN

  • Bangunan Darul Ehsan, Selangor

Air Selangor mengumumkan pagi ini bahawa kes positif dikesan di Bangunan Darul Ehsan di Seksyen 14, Shah Alam yang menempatkan pejabat pentadbiran negeri Selangor.

Berikutan itu, pejabat Air Selangor ditutup selama dua hari hingga 10 Disember bagi tujuan pembersihan.


PETEMPATAN

  • Andari Townvilla 1, Batu Caves

Pihak pengurusan apartmen terbabit berkata mereka dimaklumkan pada 9 Dis ada seorang penghuni di situ didapati positif Covid-19.

Berdasarkan laporan China Press, pihak pengurusan petempatan berkenaan memaklumkan kepada Kementerian Kesihatan dan kerja-kerja nyah kuman sudah dijalankan.

  • Prima Midah Heights, Cheras

Seorang penguni blok C dikesan dijangkiti wabak itu, kata pihak pengurusan.

China Press melaporkan pihak berkuasa kesihatan sudah menjalankan proses sanitasi di kawasan yang berkaitan.

Pihak pengurusan juga menggesa penduduk di situ tidak menyebarkan butiran pesakit serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelak penularan Covid-19.

  • Ria Apartment, Kayangan Apartment, dan Amber Court, Genting Highlands, Pahang

Penduduk tidak dibenarkan meninggalkan kondominium mereka dan perlu menjalani pemeriksaan setelah sekumpulan kes dikesan di sini.

Kes-kes berkenaan dipercayai menjadi sebahagian daripada Kluster Jalan Genting, yang kini mempunyai 45 kes dari 362 yang diuji.

Penduduk harus memakai gelang kuarantin sementara anggota tentera dan polis telah menutup kondominium.

  • Menara Ekocheras, Kuala Lumpur

Seorang penghuni di sini diuji positif untuk Covid-19 sementara seorang lagi ditempatkan di bawah kuarantin, menurut notis yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan apartmen semalam (8 Dis).

Notis tersebut menyatakan bahawa pasukan pengurusan hartanah Ekocheras dimaklumkan mengenai kes tersebut oleh Pejabat Kesihatan Cheras. Ekocheras adalah kawasan pembangunan campuran termasuk pangsapuri dan pusat beli-belah.

"Pengurusan EkoCheras Mall baru saja mengetahui hal ini dan ingin memberi jaminan kepada semua pengunjung, penduduk, penyewa, dan kakitangan bahawa tindakan pencegahan dilakukan ... (termasuk) kerja-kerja pembersihan semua bilik bayi, tandas, lif ... serta mempunyai stesen pembersihan dan pengambilan suhu di semua pintu masuk," kata pemberitahuan di akaun Facebook pusat beli-belah itu.

  • Villa Crystal, Segambut, Kuala Lumpur

Pengurusan kompleks kondominium ini yang terletak di Taman Sri Sinar, Segambut mengeluarkan notis semalam (8 Dis) bahawa seorang penduduk dari Blok A didapati positif untuk Covid-19, menurut laporan China Press.

Berikutan itu, pihak pengurusan kondominium mengatakan bahawa mereka akan melakukan aktiviti pembasmian kuman di semua kawasan umum di kondominium tersebut, dan menasihati semua penduduk agar tetap tenang dan mematuhi SOP.

  • The Wharf & Bizwalk, Puchong, Selangor

Badan pengurusan bersama kompleks kediaman ini di Taman Tasik Prima, Puchong pada 2 Disember mengeluarkan notis bahawa seorang penduduk dari Tingkat 29 Menara 8 diuji positif untuk Covid-19 sehari sebelumnya.

Dikatakan bahawa kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di lantai yang terjejas dan juga di kawasan umum lain, termasuk lif.

Penduduk juga dinasihatkan untuk menggunakan transaksi perbankan dalam talian untuk membayar yuran yang perlu dibayar kepada badan pengurusan.

  • D'Inspire Residence Nusa Bestari, Skudai, Johor

Menurut notis yang dikeluarkan oleh badan pengurusan pada hari Isnin (7 Dis), kes positif dilaporkan di Tingkat 17 Menara A di kondominium ini.

Berikutan itu, pihak pengurusan telah menyusun kerja pembersihan di semua kawasan umum termasuk lobi kondominium, lif, tingkat yang terjejas dan juga pejabat pengurusan.

Difahamkan, semua kakitangan pengurusan juga ditempatkan di bawah kuarantin 14 hari di rumah kerana mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19/

  • Azelia Residence, Sri Damansara, Kuala Lumpur

Seorang penduduk di Tingkat 6, Blok B diuji positif untuk Covid-19 hari ini, kata pihak pengurusan dalam pemberitahuan kepada penduduk.

Ini adalah residen kedua Azelia yang positif dalam seminggu terakhir, dengan kes pertama pada 3 Disember.

Syarikat pembersihan profesional akan membersihkan semua kawasan umum di setiap tingkat untuk kali kedua secepat mungkin, kata pihak pengurusan.


PREMIS PERNIAGAAN

  • Maybank cawangan Taman Segar, Cheras

Menurut Maybank seorang daripada pelanggannya yang berkunjung ke cawangan Taman Segar didapati positif Covid-19.

Katanya individu terbabit pergi ke tingkat dua kira-kira jam 11.30 pagi pada 29 Nov lalu dan berada di situ kira-kira sejam untuk urusan perbankan.

Justeru cawangan berkenaan akan ditutup sementara untuk proses pembersihan dan menurut China Press, ia dibuka kembali pada 10 Dis.

Notis yang dikeluarkan memberitahu pelanggan dan kakitangan bank yang menjadi kontak rapat pesakit terbabit sudah dikenal pasti untuk kuarantin.

  • Standard Chartered, cawangan Subang Jaya, Selangor

Bank ini mengesahkan seorang pekerja di sebuah cawangan di USJ didapati positif Covid-19. Pekerja itu kali terakhir hadir di cawangan berkenaan pada 7 Disember.

Semua kontak rapat pekerja itu kini dalam kuarantin sementara bank ditutup bagi tujuan pembasmian kuman.

  • Eco Shop Warta Lama, Batu Caves, Selangor

Syarikat itu, dalam satu kenyataan pagi ini, mengatakan bahawa salah seorang kakitangannya yang bekerja di cawangan Warta Lama yang terletak di Batu Caves didapati positif untuk Covid-19.

Menurut mereka, pekerja lelaki itu terakhir datang bekerja semalam (8 Dis).

"Sebagai langkah berjaga-jaga, kami akan menutup gerai ECO Shop Warta Lama sehingga pemberitahuan lebih lanjut untuk pembersihan keseluruhan premis," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS