Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Sultan Perak belum diyakinkan mana-mana pihak ada majoriti mudah
Diterbitkan:  Dec 8, 2020 5:14 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah belum diyakinkan mana-mana pihak bahawa mereka mempunyai majoriti mudah untuk melantik seorang menteri besar berikutnya.

Ahli Dewan Negara Perak, Mohd Annuar Zaini, menjelaskan Sultan Nazrin hari ini memperkenankan sembah mengadap beberapa pemimpin yang menyembahkan pandangan masing-masing berhubung keadaan semasa dan pendirian parti dalam suasana politik di negeri itu.

Bercakap kepada kepada wartawan, katanya ahli-ahli politik berkenaan masih berunding.

“Oleh kerana Tuanku masih belum diyakinkan mana-mana pihak sudah ada majoriti mudah....

“Kita akan tunggu sampai mereka bersedia dan meyakinkan Tuanku dan Tuanku berpuas hati sudah ada majoriti mudah untuk tubuh kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Sultan Nazrin menghadiri majlis terima menghadap beberapa pimpinan parti politik Pakatan Harapan.

Antara mereka, termasuk Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berikutan kegagalan Adun Chenderiang, Ahmad Faizal Azumu mendapat majoriti untuk kekal sebagai menteri besar.

Malaysiakini difahamkan, baginda tidak lagi dijadualkan akan mengadap pemimpin lain untuk hari ini.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS