Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Dua lagi kluster baharu COVID-19 dikesan di negara ini melibatkan kawasan-kawasan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kluster pertama iaitu Kluster Malawati melibatkan daerah Kuala Selangor dengan kes awal dikesan positif COVID-19 pada 30 Nov hasil saringan individu bergejala.

"Sehingga hari ini, sejumlah 143 individu telah disaring, daripada jumlah itu 14 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster tersebut," katanya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata kluster kedua pula ialah melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Kuala Lumpur serta daerah Klang, Selangor.

Beliau berkata dua kes indeks bagi kluster itu dilaporkan positif COVID-19 sejak 4 Dis melalui saringan individu bergejala dan saringan kendiri.

“Kedua-dua kes indeks adalah pekerja di sebuah tapak pembinaan di daerah Titiwangsa, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata sehingga hari ini seramai 441 individu disaring dan daripada jumlah itu 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster tersebut.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS