Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,600 kes, jangkitan tertinggi di Negeri Sembilan
Diterbitkan:  Dec 7, 2020 6:14 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Sebanyak 1,600 jangkitan baru Covid-19 hari ini dengan 11,604 kes aktif , maklum Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

"Daripada jumlah kes baru berkenaan, terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 1,597 kes," katanya.

Dua kematian di laporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 384 kes (0.52 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

"Sehingga kini, terdapat 129 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan Negeri Sembilan mencatat jumlah kes harian tertinggi pada hari ini iaitu sebanyak 541 kes (33.8 peratus), diikuti oleh negeri Selangor 426 kes (26.6 peratus) dan Sabah 248 kes (15.5 peratus).

"Lonjakan kes di Negeri Sembilan adalah disebabkan oleh pertambahan kes dalam Kluster Bakti iaitu sebanyak 500 kes (92.4 peratus) daripada jumlah kes keseluruhan di negeri tersebut.

"Kes-kes ini adalah terasing di dalam kawasan penjara," katanya lagi.

Menurutnya lagi, 584 kes (36.5 peratus) hari ini berkaitan kluster-kluster di Pusat Tahanan Sementara (PTS) dan penjara yang membabitkan Kluster Bakti (500 kes), Kluster Tembok (49 kes), Kluster PTS Sibuga (17 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (lapan kes), Kluster Matambai (tujuh kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (dua kes), dan Kluster GK Tawau (satu kes).

Perincian 1,600 kes positif Covid-19:

Negeri Sembilan: 541 kes

  • 521 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 13 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tujuh kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Selangor: 426 kes

  • 49 kes daripada kluster-kluster, termasuk lima kes daripada kluster baru iaitu Kluster Malawati;
  • 99 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Dua kes import dari luar negara; 
  • 276 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Sabah: 248 kes

  • 61 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 124 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 63 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 148 kes

  • 70 kes daripada kluster-kluster, termasuk 33 kes daripada kluster baru iaitu Kluster Tapak Bina Awan Lembah;
  • 18 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. 

Johor: 98 kes

  • 75 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • 11 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Pulau Pinang: 55 kes

  • 45 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Enam kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Empat kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Perak: 54 kes

  • 48 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kedah: 18 kes

  • 12 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Tiga kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Tiga kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Wilayah Persekutuan Labuan: Lima kes

  • Tiga kes daripada kluster-kluster sedia ada;
  • Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Kelantan: Tiga kes daripada kluster-kluster sedia ada.

Sarawak: Dua kes

  • Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
  • Satu kes import dari luar negara.

Pahang: Satu kes daripada kluster sedia ada.

Melaka: Satu kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19.


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 




Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS