Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
16 anggota Balai Polis Parit Sulong diarah kuarantin
Diterbitkan:  Dec 6, 2020 5:40 PM
Dikemaskini: 9:40 AM

Seramai 16 anggota pangkat rendah dan seorang kerani dari Balai Polis Parit Sulong dekat Batu Pahat diarahkan menjalani kuarantin di rumah masing-masing selepas dikenal pasti sebagai kontak rapat tiga anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat yang disahkan positif Covid-19.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata 15 anggota dan kerani terbabit akan menjalani kuarantin selepas melakukan ujian calitan pada hari ini manakala seorang lagi esok.

"Semua anggota polis dan kerani berkenaan menjalani kuarantin di rumah masing-masing sehingga mendapat keputusan ujian calitan,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata orang ramai tidak perlu khuatir kerana Balai Polis Parit Sulong tetap beroperasi seperti biasa.

“Bantuan untuk tugas pejabat dan pertanyaan dibantu oleh seorang anggota dari Balai Polis Semerah, seorang dari Balai Polis Sri Medan dan dua dari Balai Polis Yong Peng,” katanya.

- Bernama


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS