Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 10.15PM | Lokasi kes Covid-19 hari ini (6 Dis)
Diterbitkan:  Dec 6, 2020 12:55 PM
Dikemaskini: 3:43 PM

Senarai terdahulu: 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov | 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 25 Nov | 26 Nov | 27 Nov | 28 Nov | 29 Nov | 30 Nov | 1 Dis | 2 Dis | 3 Dis | 4 Dis | 5 Dis

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 dikumpulkan Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya hari ini anda ada mengetahui mana-mana lokasi yang terjejas akibat Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, sila maklumkan kepada kami dengan hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Kondominium Setia Pinnacle, Bayan Lepas

Pihak pengurusan kondominium ini dalam notis kepada penduduk, mengesahkan seorang penduduk positif Covid-19 hari ini.

Pihak pengurusan berkata ia telah mengambil langkah-langkah dengan membersihkan semua kemudahan di situ,  lapor China Press.

  • First Residence, Kepong Kuala Lumpur

Syarikat pengurusan kondominium ini yang terletak di Kepong Baru mengeluarkan notis pada hari Sabtu (5 Dis) menyatakan seorang penduduk didapati positif Covid-19 sehari sebelumnya.

Menurut notis itu, penduduk tersebut tinggal di sebuah unit di Tingkat 13 Blok A.

Berikutan itu, pihak pengurusan berkata pihaknya akan melakukan kerja pembersihan di semua kawasan umum di Blok A, termasuk lobi.

  • Lakeville Residence, Taman Wahyu Kuala Lumpur

Badan pengurusan kondominium mengeluarkan notis yang mengatakan dua penyewa di sebuah kedai di bangunan tersebut didapati positif Covid-19.

Dikatakan dua individu berkenaan kali terakhir datang ke pejabat mereka pada 26 November, dan telah keluar dari hospital pada 4 Disember.

Semua penduduk disarankan mematuhi SOP untuk mencegah jangkitan Covid-19 dan menghubungi pihak kesihatan sekiranya mereka berhubungan dengan orang yang dijangkiti atau mengalami gejala virus.


BANGUNAN KERAJAAN

  • Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang, Bangunan Lim Chong Eu, Bayan Lepas

Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang dalam satu kenyataan, memaklumkan seorang kakitangan dijangkiti Covid-19.

Sebagai langkah berjaga-jaga, pejabat itu ditutup pada 7 Dis bagi kerja-kerja sanitasi.

Pihak pengurusan juga telah mengenal pasti kontak rapat pegawai dan semua kakitangan diarahkan untuk bekerja dari rumah.

  • Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Johor Bahru, Johor

Menurut laporan Kosmo!, cawangan KWSP ini mengeluarkan notis awal hari ini yang memaklumkan seorang kakitangannya diuji positif Covid-19.

Ini sebelum sebuah klip video menjadi tular di media sosial, menunjukkan seorang individu, yang dipercayai pengawal keselamatan di cawangan itu, membuat pengumuman menggunakan pembesar suara yang menasihati orang ramai agar tidak memasuki premis berkenaan.


PERNIAGAAN

  • Lebih 40 premis perniagaan di daerah Bentong

Majlis Perbandaran Bentong hari ini mengeluarkan notis penutupan sementara 44 premis perniagaan di daerah ini.

Menurut laman Facebook majlis itu, perniagaan yang disenaraikan adalah perniagaan yang baru dikunjungi oleh individu yang didapati positif Covid-19.

Ia diarahkan tutup mulai hari ini hingga Selasa (8 Dis) bagi melakukan aktiviti menyahkuman secepat mungkin.

Premis tersebut adalah seperti berikut:

Makanan dan minuman: Kedai Kopi dan Makanan Weng Fatt, Kedai Kopi Gelanggang Kampung Perting, Restoran Nasi Kandar Permai, Pan Mee House di Jalan Chui Yin, Big House Sdn Bhd di Kampung Kemansur, Kedai Kopi Fai Meng di Kampung Kemansur, Yuan Kie Kopitiam di Jalan Chui Yin, Pasar Basah Bentong, Kedai Makanan Dan Minuman

Weng Chai di Desa Damai, Restoran Tawakal, Bak Yie Tin Kopitiam di Jalan Chui Yin, Mak Chu Corner, Warung Roti Canai Man Kedah, Scha Ain Tomyam Kung, De Permai Sdn Bhd Secret Resipi Bentong, Perniagaan Amy Lai, Ly Corner Kopitiam, Restoran Al-Azmi Bistro, Yuan Kie Kopitiam, Perting Ban Mee, Lou Kok panggang di Jalan

Tan Sri Chan Chiang Sun, Teh Baik Jalan Tan Sri Chan Chiang Sun, Restoran Krauthai, Restoran Kaifan Bentong, Starbucks Genting Permai, 7-Eleven Loke Yew, Bak Ye Tin Kopitiam di Jalan Chui Yin, Kedai Makanan Lee Sing Kee di Jalan Ah Peng.

Kemudahan penjagaan kesihatan: Pusat Diagnostik BP, Poliklinik Damai, Mercury Pharmacy Pahang, Klinik Pergigian MAH di Jalan Loke Yew, Klinik SK Ng, Klinik CW Cheong

Lain-lain: Akuarium KS Tan di Jalan Chui Yin, Perumahan Khasiat Cergas Sdn Bhd, Extra Clear Communication di Jalan Ah Peng, Alpro Alliance (Pahang) Sdn Bhd di Jalan

Chan Siang Sun, Kedai Just Want di Jalan Pasdec Bentong, Eco Shop Bentong, CIMB Bank Bentong, HSBC Bentong, Public Bank Bhd Bentong dan Realiti Muda Sdn Bhd.

  • Kompleks RHB, Bangi, Selangor

RHB Banking Group mengesahkan dua kakitangannya di Kompleks RHB di Bangi, Selangor diuji positif Covid-19 pada 5 Dis.

Mereka kali terakhir hadir di bangunan tersebut pada 27 dan 30 Nov.

"Kegiatan pembersihan dan sanitasi telah dilakukan berdasarkan panduan Kementerian Kesehatan.

"RHB membantu pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjejaki kontak dan sebagai langkah berjaga-jaga, kakitangan yang mempunyai kontak rapat dengan pekerja yang terlibat juga dikuarantin di rumah," katanya.

  • Premis di Skyavenue Genting Highlands dan Genting World Resorts 

Satu notis dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Bentong hari ini yang mengarahkan 10 premis perniagaan di Genting Highlands 'Skyavenue dan Genting World Resorts ditutup sementara dari 6 Disember hingga 8 Disember 2020.

Premis berkenaan juga diarah melakukan pembasmian kuman dan kerja pembersihan secepat mungkin.

Ia adalah: kedai 168 di Grand Hotel; Kedai Factory Outlet di Skyavenue; HM Retail Sdn Bhd (Skyavenue); Restoran BBQ Palsaik Korea (Skyavenue); Awana (Resort World Genting); Zon B Pintu Masuk Bandar Visi (Resort World Genting); Stesen Skyway Awana; Kedai Factory Outlet di Awana Skyway Station; Watson (Awana Sky Central) dan Royal Sporting House (Skyavenue).

  • Genting Highlands Premium Outlets, Bentong Pahang.

Majlis Perbandaran Bentong mengeluarkan notis hari ini memaklumkan 11 premis di Genting Highlands Premium Outlets diarahkan tutup dari 6 hingga 8 Disember 2020.

Ia adalah Asics Malaysia, Onitsuka Tiger, Nike Sales (M) Sdn Bhd, Calvin Klein, Two Thousand Apparel Sdn Bhd, Lacoste, Westime Sdn Bhd, Padini, Cotton On, Sacoor Brothers dan surau di dalam GHPO.

Premis ini juga diarahkan untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian kuman.

Menurut laman Facebook majlis itu, arahan itu dikeluarkan setelah pesakit positif Covid-19 didapati mengunjungi premis tersebut.

  • Plaza Imbi, Kuala Lumpur

Seorang pekerja di sebuah kedai di Plaza Imbi telah disahkan positif semalam (5 Dis).

Menurut seorang yang bekerja di bangunan itu, pihak pengurusan mengeluarkan notis pada hari sama untuk memaklumkan individu itu telah dibawa ke hospital manakala pekerja lain diarahkan menjalani ujian saringan.

Notis itu juga memaklumkan Plaza Imbi akan ditutup sementara dan akan dibuka semula pada 8 Dis.

[Senarai terkini akan dikemaskini]


Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS