Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,123 kes baru, 4 lagi kematian
Diterbitkan:  Dec 5, 2020 6:33 PM
Dikemaskini: 3:03 PM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,123 kes baru Covid-19 dalam tempoh 24 jam sehingga tengah hari tadi, dengan 490 kes adalah dari Lembah Klang.

Sebanyak 1,143 pesakit dilaporkan pulih.

Terdapat 4 kematian baru.

Petunjuk utama:

Kes aktif: 10,775 ↓ (27 lebih sedikit daripada hari sebelumnya)

Pesakit di ICU: 130 ↑ (1 lebih banyak daripada hari sebelumnya, rekod baru)

Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 54 ↑ (1 lebih banyak daripada hari sebelumnya)

Kematian: 4

Dari 1,123 kes baru, lima merupakankes import.

Sabah kembali menjadi penyumbang kes harian tertinggi, dengan 391 kes positif, diikuti oleh Kuala Lumpur (265), dan Selangor (221).

Sementara itu, kluster yang dikaitkan dengan pusat tahanan menyumbang 40 kes (3.6 peratus) hari ini. Kluster itu adalah Kluster PTS Sibuga (27 kes), dan Kluster Tembok (13 kes).

Dua daripada kes kematian dilaporkan di Sabah, sementara dua yang lain adalah di Johor dan Selangor.

KKM juga mengumumkan empat kluster jangkitan baru hari ini, iaitu Kluster Batu Tiga di Tawau, Sabah; Kluster Jalan Domis (daerah Penampang dan Tongod di Sabah); Kluster Andalas di Klang, Selangor; dan Kluster Tapak Bina Bulatan (Cheras, Titiwangsa dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur).

Lima kluster sedia ada dinyatakan telah berakhir, iaitu kluster Fores, Aero, Sungei Way, Baki dan Seladah.

Statistik yang dikeluarkan oleh KKM menunjukkan bahawa 49 dari 187 kluster aktif mencatatkan kes baru hari ini, dengan Kluster Tapak Bina Bulatan yang tertinggi dengan 162 kes, diikuti oleh KLuster Ria-30 (51 kes), dan Kluster Batu Tujuh (39 kes).

Jumlah kes baru mengikut negeri adalah seperti berikut:

Sabah (391)
Kuala Lumpur (265)
Selangor (221)
Johor (66)
Pulau Pinang (44)
Perak (39)
Kelantan (35)
Kedah (30)
Negeri Sembilan (10)
Labuan (10)
Melaka (5)
Putrajaya (4)
Pahang (2)
Sarawak (1)
Terengganu (0)
Perlis (0)


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS