Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hannah Yeoh: Anak tak bersalah bukan ancaman pada keselamatan negara
Diterbitkan:  Dec 4, 2020 3:11 PM
Dikemaskini: 7:11 AM

Kanak-kanak yang tidak bersalah bukan dan tidak akan menjadi ancaman kepada keselamatan negara, kata Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh hari ini.

Menanggapi pendirian kerajaan terhadap hak bagi wanita rakyat Malaysia untuk menganugerahkan kewarganegaraan kepada anak meraka, Yeoh menyifatkan dasar ketika ini mendiskriminasikan anak yang dilahirkan oleh ibu warga Malaysia yang mempunyai pasangan warga asing.

"Izinkan saya mengingatkan Kementerian Dalam Negeri bahawa apa yang menjadi ancaman yang lebih besar terhadap keamanan negara adalah rasuah dalam sistem penguatkuasaan mereka seperti yang dilihat dalam penangkapan pegawai imigresen dan polis baru-baru ini.

"Anak-anak yang tidak bersalah bukan dan tidak akan menjadi ancaman kepada negara kita," kata bekas timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Ismail Mohamad Said di Dewan Rakyat semalam berkata terdapat kebimbangan terhadap keselamatan dan kedaulatan negara yang timbul dari isu dua kewarganegaraan di kalangan anak-anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia dengan suami warga asing.

Ismail mendakwa kebanyakan negara mempunyai dasar serupa di mana anak yang dilahirkan di luar negara akan mengikuti kewarganegaraan ayah mereka, dan oleh itu kerajaan harus lebih berhati-hari untuk mengelakkan isu dua kewarganegaraan.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS