Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO bimbang kes bunuh diri warga asing semasa PKP

NGO perlindungan warga asing dan pelarian menzahirkan kebimbangan terhadap statistik bunuh diri warga asing semasa tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Tenaganita berkata statistik menunjukkan pekerja asing dan pelarian paling terjejas dengan Covid-19.

“Angka-angka yang dikongsi oleh polis ini amat membimbangkan,” kata pengarah eksekutif Tenaganita Glorene Das.

Dia bersetuju kemungkinan terdapat kes tidak dilaporkan, terutamanya melibatkan warga asing tanpa dokumen sah.

Glorene menyarankan masyarakat mengambil iktibar daripada pandemik HIV dan Sars sebelum ini, yang persediaan, reaksi dan pemulihan dibuat berdasarkan kerangka hak asasi.

Media Myanmar The Irrawaddy pada 17 Jun lalu melaporkan beberapa pekerja haram negara itu membunuh diri di Malaysia.

Atase pekerja kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur U Aung Zaw Min berkata mereka maklum berhubung perkara itu.

Katanya, kebanyakan kes berlaku kerana pekerja tanpa dokumen gagal mendapat pekerjaan susulan tindakan keras pihak berkuasa susulan Covid-19.

Menurut statistik yang dikongsi oleh Bahagian Pendakwaan dan Undang-undang Bukit Aman, seramai 49 orang warga asing membunuh diri dalam tempoh Mac hingga Oktober tahun ini.

Kebanyakan kes melibatkan negara pengeksport tenaga kerja ke Malaysia - Myanmar. Bangladesh, Indonesia, India dan Pakistan.

Mungkin ada tak dilaporkan

Sementara itu, Pengarah eksekutif Inisiatif Utara Selatan, Adrian Pereira (bawah) berkata warganegara yang membunuh diri mungkin baru berkeluarga dan menyebabkan masalah kewangan mereka lebih membebankan.

Kebanyakan kes melibatkan julat umur 26 hingga 45 tahun.

Pereira juga berkata angka kematian akibat bunuh diri warga asing mungkin lebih tinggi daripada dilaporkan.

Katanya di kawasan pedalaman seperti Sabah dan Sarawak keadaan mungkin lebih membimbangkan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS