- Berita ini diolah semula supaya lebih jelas.
Usul baru untuk mengambil tindakan terhadap Shabudin Yahaya (PN-Tasek Gelugor) kerana salah kira jumlah undi belah bahagi diterima.
Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) menyerahkan usul kedua hari ini, kali ini atas peruntukan mengelirukan Dewan Rakyat.
Usul awal untuk usul tergempar ditolak. Menurut Fahmi ia ditolak atas alasan teknikal.
Dalam suratnya, speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun meminta Shabudin memberikan penjelasan dengan bukti dan dokumen sokongan.
Isnin lalu, Shabudin tersalah mengira jumlah sokongan undian belah bahagi berkaitan peruntukan Kementerian Kewangan dengan memasukkan sokongan Nazri Aziz (BN-Padang Rengas).
Nazri tidak hadir dalam sesi persidangan itu.
Shabudin telah mengaku salah dan memohon maaf.
Fahmi dalam usulnya berkata Shabudin melanggar melakukan kesalahan bawah Perkara 36(12) Perarutan Mesyuarat dengan membuat mengelirukan dewan.