Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Aktivis Hong Kong dijatuhkan hukuman penjara
Diterbitkan:  Dec 2, 2020 4:57 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Aktivis prodemokrasi Hong Kong, Joshua Wong, 24, dijatuhkan hukuman penjara 13 bulan setengah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkaitan dengan perhimpunan antikerajaan tahun lalu, lapor Reuters.

Rakan Wong, Agnes Chow, 23, dan Ivan Lam, 26, masing-masing dipenjara selama 10 dan tujuh bulan, setelah mengaku bersalah atas tuduhan mengepung ibu pejabat polis dalam perhimpunan sama pada Jun 2019.

Hakim mengurangkan keseluruhan hukuman penjara setelah pengakuan bersalah mereka.

Hukuman itu dikeluarkan ketika pengkritik kerajaan membidas apa yang disifatkan sebagai cubaan membungkam kebebasan di bandar itu yang sebelum ini dijamin oleh Britain ketika memulangkannya kepada Beijing pada 1997.

Dakwaan itu dinafikan oleh pihak berkuasa di China dan Hong Kong.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS