Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Vaksin Covid-19: Kelantan minta kaji dari segi syarak

Kerajaan Kelantan berharap kajian terperinci dilakukan bagi memastikan vaksin Covid-19 menepati syarak dalam Islam sebelum ia dapat digunakan sekali gus mengelak sebarang polemik.

Timbalan Menteri Besar Mohd Amar Nik Abdullah, berkata ada segelintir masyarakat yang menolak terus penggunaan vaksin dan tindakan itu tidak tepat dari segi agama.

"Ada segelintir masyarakat yang tolak terus vaksin ini tetapi bagi saya ini tidak tepat daripada segi agama sebab vaksin juga antara usaha untuk kita mencegah daripada sesuatu penyakit.

"Jadi, kalau ia halal dan tidak bercanggah syarak apa salahnya. Jadi kita minta supaya kerajaan menjalankan kajian terperinci dan merujuk kepada pihak berkuasa agama atau majlis fatwa supaya tidak timbul polemik dalam kalangan masyarakat," katanya kepada media selepas mesyuarat exco Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, Malaysia akan mendapatkan bekalan 12.8 juta dos vaksin Covid-19 daripada syarikat farmaseutikal Pfizer bagi menampung keperluan imunisasi 20 peratus atau 6.4 juta rakyat negara ini.

Katanya penghantaran bekalan pertama sebanyak satu juta dos akan dibuat pada suku pertama tahun depan disusuli dengan 1.7 juta (suku kedua), 5.8 juta (suku ketiga) dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun depan. 

Sementara itu mengulas mengenai situasi Covid-19 di Kelantan, Mohd Amar berkata, tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKBK) yang dijadualkan berakhir 6 Dis ini akan disambung sekiranya masih berlaku peningkatan jangkitan.

Justeru katanya, semua pihak perlu memandang serius terutama dalam mematuhi operasi prosedur standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

"Keputusan untuk sambung PKPB atau tidak akan dibuat sehari dua lagi, ia bergantung kepada situasi semasa.

"Kita akan tengoklah, jika berlaku peningkatan PKBP akan disambung sebab kita tak ada pilihan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS