Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Meskipun tidak pernah ke sekolah secara formal, perintah kawalan pergerakan (PKP) bukan penghalang buat anak-anak Buku Jalanan Chow Kit (BJCK) untuk meneruskan pembelajaran mereka.

Pengasas BJCK Siti Rahayu Ismail PKP bukan masalah untuk anak-anak BJCK terus belajar kerana mereka sudah terbiasa dengan pembelajaran dalam talian.

“Bagi kami di BJCK, amat penting untuk anak-anak belajar dari kecil cara untuk berdikari supaya cita-cita mereka dapat dicapai.

“Kesannya, mereka dapat mengatasi segala cabaran yang dihadapi,” katanya.

Siti Rahayu berkata demikian sebagai “manifestonya” dalam forum dalam talian Sabtu lepas, berjudul “The Malaysian Women’s Manifesto” anjuran George Town Literary Festival dengan kerjasama PEN Malaysia.

Dia berazam untuk terus menyediakan ruang untuk anak-anak Chow Kit berasa selamat untuk mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.

Katanya, anak-anak Buku Jalanan bukan sahaja mendapat pendidikan formal malah mereka turut belajar kemahiran hidup seperti menjahit dan memasak.

Mereka juga turut belajar bahasa Jepun dan kemahiran pengekodan.

Buku Jalanan Chow Kit digerakkan untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak di kawasan Chow Kit, terutamanya yang tidak mempunyai dokumen yang sah.

Ahli panel lain ialah penulis teater Ann Lee, penulis novel seram Julya Oui, pemenang Anugerah Buku Bulanan Pulau Pinang Sreedhevi Iyer dan pengasas Books on the Move Malaysia Movement Carol Koh.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS