Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Redzuan: Tiada bayaran ‘one-off’ RM300 kepada pembersih hospital
Diterbitkan:  Dec 1, 2020 4:59 PM
Dikemaskini: 10:55 AM

Cadangan Fahmi Fadzil (PKR-Lembah Pantai) supaya pembersih hospital diberikan secara sekali bayaran atau “one-off” sebanyak RM300 ditolak oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof.

Redzuan (Bersatu-Alor Gajah) berkata ia merupakan dasar kerajaan bahawa hanya doktor, jururawat dan pembantu perubatan yang mengendalikan pesakit dan golongan berisiko tinggi Covid-19 layak menerima pemberian “one-off” tersebut dan bukannya pembersih hospital.

“Pemberian bayaran RM300 itu diluluskan dengan mengambil kira kemampuan kewangan negara,” kata Redzuan ketika sesi persidangan Dewan Rakyat semalam.

Dia juga berkata, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) sedang meneliti untuk memberikan petugas media elaun khas berikutan risiko yang mereka berdepan ketika menjalankan tugasan di zon berisiko tinggi sewaktu pandemik.

“Nadma sedang meneliti perkara ini supaya kita boleh ada sedikit peruntukan untuk mereka,” katanya.

Fahmi juga mencadangkan supaya bantuan “one-off” RM300 yang diberikan kepada anggota polis dinaikkan kepada RM500.

Redzuan bagaimanapun berkata ia tidak dapat dilaksanakan kerana anggota polis telah menerima elaun khas RM200 setiap bulan bermula April.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS