Senarai terdahulu: 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 23 Nov | 25 Nov | 26 Nov
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].
PERNIAGAAN
- Kedai buah, Foyer B, Hospital Pulau Pinang
Seorang pekerja di kedai ini didapati positif Covid-19 pada 23 Nov. Kedai ini ditutup sehingga diberitahu kelak. Kakitangan hospital yang mengunjungi kedai tersebut dari 16 hingga 19 November diminta untuk melaporkan diri mereka, menurut memo yang dikeluarkan kepada kakitangan semalam.
Unit Kesihatan Awam hospital akan menghubungi mereka yang dianggap terdedah untuk pemeriksaan lanjut.
- Pasar raya Segi Fresh, Teluk Panglima Garang, Selangor
Sembilan pekerja di pasar raya ini positif Covid-19, kata Majlis Pembangunan Desa Sijangkang (MPKK).
Pasar raya ditutup dari 20 November hingga 3 Disember.
Pemeriksaan Covid-19 untuk pekerja dan kontak rapat dilakukan semalam.
- Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur
Seorang pekerja di Menara A bangunan pejabat positif setelah mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19.
Tempat kerja yang terjejas telah ditutup sejak 25 November dan kakitangan lain akan diuji.
Pihak pengurusan bangunan membersihkan lantai dan kawasan umum yang terjejas semalam dan petang ini, menurut notis yang dikeluarkan hari ini kepada semua pemilik dan penyewa di bangunan tersebut.
- Restoran Uncle Don, SS2 Petaling Jaya, Selangor
Pihak restoran mengumumkan bahawa tiga daripada 40 kakitangannya positif Covid-19, dan premisnya di SS2 akan ditutup untuk pembasmian kuman.
Restoran itu memberi jaminan bahawa kakitangan di gerai SS2 tidak mempunyai kontak dengan kakitangan di gerai lain.
Ia mengatakan bahawa kakitangan yang terlibat tidak bertugas pada 25 November.
Bagaimanapun, ia menasihati pelanggan yang berkunjung antara 20 November hingga 25 November yang menunjukkan gejala Covid-19 untuk membuat ujian..
KEDIAMAN
- Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud, Sabah
Mereka yang menghadiri upacara nibau (adat memperingati si mati) dan kenduri arwah di kampung ini masing-masing pada 20 dan 21 November diminta tampil untuk pemeriksaan Covid-19.
Pejabat Kesihatan Kota Belud akan melakukan saringan di balai raya kampung hari ini, dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
- Villa Angsana, Taman Rainbow, Kuala Lumpur
Seorang penduduk di Tingkat 21, Blok C telah diuji positif, kata pihak pengurusan pada satu notis semalam.
Pembersihan dan basmi kuman akan dilakukan tidak lama lagi serta pengunjung tidak dibenarkan masuk sepanjang tempoh ini, katanya.
- Pelbagai lokasi di Tongkang Pecah, Batu Pahat
Perintah kawalan pergerakan diperketatkan dikenakan di Lorong 7 hingga 10 Bandar Puteri Indah, Batu 7 dan Kampung Mohd Nor di mukim ini mulai 29 November.
Ia susulan berlakunya lonjakan kes di kawasan ini.
- Jalan Haruan, Seremban
Sebuah kluster dikesan di kawasan ini, yang kebanyakannya terdiri daripada rumah kedai dan kedai runcit.
Ia adalah sebahagian dari Medan Perdagangan Oakland.
- Kampung Nanamun, Kota Belud, Sabah
Mereka yang menghadiri kenduri arwah di Kampung Nanamun pada 17 November diminta untuk menjalani ujian Covid-19.
Ujian percuma akan diberikan oleh Kementerian Kesihatan di balai raya kampung itu esok mulai jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.
- Kulai, Johor
Pejabat kesihatan daerah Kulai berkata, kes Covid-19 telah dikesan di Taman Pulai Jaya (satu kes) dan Kampung Baru Selang (satu kes) hari ini.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan bahawa pergerakan di Kampung Sri Gunung Pulai telah diterhadkan oleh polis setelah beberapa kes Covid-19 dikesan.
Pejabat kesihatan daerah menyatakan terdapat sembilan kes di sana dalam temph 14 hari lalu.
PREMIS KERAJAAN
- Balai Bomba Johor Jaya, Johor
Seorang anggota bomba di balai bomba ini positif Covid-19, kata pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Yahya Madis.
Anggota bomba tersebut dijangkiti melalui kontak dengan ibu mertuanya yang merupakan sebahagian daripada Kluster Kobena.
Semua anggota bomba di balai ini menjalani kuarantin di rumah sementara semua peralatan dan balai bomba telah dibersihkan.
Anggota dari balai bomba lain akan mengambil alih sementara tugas Johor Jaya dalam tempoh ini.
[Berita penuh menyusul]
Dapatkan maklumat terkini dan perincian berkenaan penularan Covid-19 di Malaysia di laman penjejak ini.