Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Banduan bunuh pedofil Richard Huckle dipenjara seumur hidup
Diterbitkan:  Nov 26, 2020 9:46 AM
Dikemaskini: 1:46 AM

Banduan yang membunuh pedofil Richard Huckle dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup.

Huckle (gambar) dijatuhi hukuman penjara 22 tahun pada 2016 selepas mengaku salah atas 71 pertuduhan melakukan serangan seksual ke atas kanak-kanak antara 2006 dan 2014 di Malaysia, sebelum dibunuh pada 2019 di penjara di UK.

BBC melaporkan semalam bahawa banduan Paul Fitzgerald, yang dipenjara atas kesalahan keganasan dan seksual, akan menjalani hukuman penjara sekurang-kurangnya 34 tahun kerana membunuh Huckle.

Hakim Mahkamah Hull Crown Lavender dipetik media menyifatkan Fitzgerald sebagai "psikopat" yang ingin memperkosa dan bahkan memakan Huckle sebagai tindakan "keadilan puitis".

"Anda seorang psikopat dan anda mendapat kesenangan dengan membayangkan tentang merogol, menyiksa, membunuh, dan bahkan memakan orang lain," katanya.

"Anda bermaksud merogol dan membunuh Mr Huckle dan, jika boleh, memasak sebahagian daripada badannnya dan memakannya. Anda melakukan ini untuk kesenangan anda sendiri dan juga untuk apa yang anda sebut sebagai keadilan puitis pada seorang pedofil yang dihukum," kata hakim itu seperti dilapor media.

Huckle, 33, melakukan serangan seksual kanak-kanak ketika menjadi seorang jurugambar dan guru sukarelawan di badan amal dan gereja di Kuala Lumpur.

Dia ditangkap pada 2014 di Lapangan Terbang Gatwick di London setelah pihak berkuasa Australia mengetahui aktiviti pedofilnya dari jaringan gelap (dark web).

Fitzgerald dilaporkan telah mencekik Huckle di selnya, menyiksanya, termasuk menusuk sebatang pen ke hidung sehingga tembus ke otaknya.

Fitzgerald dikatakan mengalami gangguan personaliti antisosial dan krisis identiti jantina.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS