Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images

Keluarga Ivana Smit mengemukakan tuntutan terhadap polis Malaysia kerana kecuaian dalam siasatan kematian model Belanda itu tiga tahun lalu.

Peguam keluarga Ivana, Sankara Nair hari ini mengesahkan bahawa surat tuntutan saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dan diserahkan kepada keempat-empat defendan hari ini.

Menurut surat kuasa yang dikemukakan, plaintif adalah Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, yang merupakan ibu si mati.

Tindakan undang-undang tersebut menamakan Ketua Polis Negara (KPN), ketua pegawai penyiasat Asisten Superintendan Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri, dan kerajaan Malaysia, sebagai defendan.

Mayat bogel Smit ditemui mati di tingkat enam kondominum CapSquare Residence di Kuala Lumpur, - 14 tingkat di bawah unit kondominium Johnson dan Almaz di tingkat 20, pada 7 Disember 2017. Dia berusia 18 tahun.

Pada bulan Disember tahun yang sama, polis telah mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian mengejut.

Walau bagaimanapun, pada 8 Mac tahun lalu, mahkamah koroner Kuala Lumpur memutuskan kematiannya disebabkan kemalangan.

Namun pada bulan November tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membatalkan keputusan mahkamah koroner, dengan memutuskan bahawa tiada bukti mencukupi menunjukkan kematian model Belanda itu dibunuh tetapi tidak menolak kemungkinan kematian disebabkan oleh 'individu yang dikenali atau tidak dikenali'.

Susulan keputusan Mahkamah Tinggi, polis mengumumkan bahawa pasukan baru akan dibentuk untuk membuka semula siasatan terhadap kes tersebut.

Menurut salinan penyata tuntutan saman itu, keluarga tersebut menuntut ganti rugi umum, jelek, dan teladan kerana kecuaian dan kelalaian berat.

Dalam tuntutan itu, keluarga berkenaan meminta kerajaan ataupun pihak berkuasa untuk mengeluarkan waran tangkap dan mengekstradisi Alexander William Johnson dan Lunara Almazkyzy ke Malaysia bagi siaaatan lanjut dan kemungkinan pendakwaan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS