Senarai 14 hari terdahulu: 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov | 23 Nov
Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.
- Lokasi yang dikemas kini: Beberapa kawasan perumahan di Kulim dan Taman Telipok Ria di Sabah.
Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.
Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].
PETEMPATAN
- Pelbagai taman perumahan di Sungai Seluang, Kulim
Kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) di Taman Bayam, Taman Bayam Indah, Taman Kangkung 1, Taman Kangkung 2, Taman Halia, Taman Cekur Manis, Taman Kobis, Taman Sawi, dan Taman Sri Limau mulai 27 Nov.
Ia dibuat ekoran peningkatan mendadak jumlah kes positif di kawasan terbabit.
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata PKPD itu membabitkan kira-kira 6,000 kediaman.
Katanya daripada 197 ujian saringan yang dijalankan di situ setakat ini, 50 didapati positif.
- Taman Telipok Ria, Sabah
Kawasan petempatan ini diletakkan di bawah PKPD selama dua minggu mulai 27 Nov.
Ujian saringan menunjukkan 253 daripada 2,609 ujian saringan Covid-19 menunjukkan positif manakala 581 lagi sedang menanti keputusan.
- Parklane OUG Service Apartment, Kuala Lumpur
Seorang penghuni di Tingkat 21 Blok B dikesan positif. Justeru kata pihak pengurusan, kawasan terbabit sudah dinyah kuman.
Penghuni yang sedang menjalani kuarantin pula dinasihat agar memaklumkan hal itu kepada pihak pengurusan.
- Kampung Tempasuk 1, Kota Belud, Sabah
Mereka yang hadir ke acara memperingati si mati pada 15 November dan pengkebumian pada 17 Nov di kampung ini digesa membuat ujian saringna.
Saringan percuma akan dibuat Kementerian Kesihatan di dewan komuniti bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, hari ini.
- Kampung Merabau, Kota Belud, Sabah
Mereka yang hadir ke kenduri arwah di kampung ini pada 17 Nov digesa membuat ujian saringan.
Saringan percuma akan dibuat Kementerian Kesihatan di dewan komuniti bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari, hari ini.
- Menara Duta, Taman Desa Segambut, Kuala Lumpur
Satu kes positif dikesan di kondominium ini, menurut notis pihak pengurusan Ahad lalu.
Semua kawasan umum telah dibersihkan dan perkumpulan tidak lagi dibenarkan di kawasan kolam renang dan kafe.
- Kondominium Royal Ragent, Jalan Kuching, Kuala Lumpur
Seorang penduduk Blok A disahkan positif pada 23 Nov, menurut notis pihak pengurusan.
Kerja pembersihan dan nyahkuman telah dibuat di kawasan umum dan pihak pengurusan akan mengambil khidmat pembersihan profesional untuk pembersihan selanjutnya.
PUSAT REKREASI
- Royal Lake Club, Kuala Lumpur
Seorang peserta kelas yoga yang dibuat antara jam 6.15 petang hingga 7.15 petang pada 17 Nov disahkan positif pada 23 Nov, kata kelab itu.
Pada hari itu, individu itu tiba di kelab pada 5.30 petang dan menggunakan bilik persalinan perempuan dan mengambil tuala pada pukul enam petang.
Selepas kelas tamat, dia memesan sate di laluan pejalan kaki, makan bersama jurulatih dan beredar pada pukul 8.15 malam. Itu kali terakhir dia ke sana.
Setakat ini, dua lagi peserta telah dikesan positif manakala seorang lagi peserta dan jurulatih sedang menunggu keputusan.
[Senarai akan dikemas kini]