Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dua keluarga jadi mangsa banjir pertama di Kelantan

Dua keluarga dari Kampung Keroh, Kuala Krai menjadi mangsa pertama banjir di Kelantan hari ini.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Siti Mor Hasma Mat Isa, mangsa melibatkan enam orang termasuk seorang bayi berusia tiga bulan.

Katanya, mereka dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Lama Kampung Keroh pada jam 12.15 tengah hari.

"Mangsa melibatkan enam orang isi rumah daripada dua keluarga iaitu dua lelaki, dua wanita, seorang kanak-kanak dan seorang bayi berusia yang terdiri daripada dua keluarga.

"Seorang mangsa wanita juga sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, seramai 210 pegawai dan anggota terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertawanan Awam (APM) daerah Kuala Krai kini berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kita menasihati penduduk yang tinggal berhampiran kawasan sungai diingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan bersedia untuk berpindah sekiranya hujan berterusan," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS