Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Seorang positif, 6 penumpang Express Timuran diminta jalani ujian Covid-19

Selepas seorang individu yang menaiki kereta api Express Timuran dari Johor Bharu ke Tumpat pada 10 Nov lalu disahkan postif Covid-19, enam lagi penumpang diminta tampil untuk menjalani ujian saringan wabak berkenaan.

Enam penumpang berkenaan menaiki koc T6 yang memegang tiket T201152111087, T201035922381, T201078130791, T201182443886, T201176241266 dan T201193852880.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Dr Zaini Hussin ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

"Justeru kita meminta enam penumpang berkenaan tampil menjalani ujian saringan Covid-19,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Kelantan adalah antara empat negeri yang tidak melaksanakan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sebaliknya masih berada di bawah perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP).

Sebagai rekod sehingga semalam, Kelantan mencatatkan lapan kes baru dengan sebanyak 93 kes aktif.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS