Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KEMASKINI 8PM | Lokasi terkini kes positif Covid-19 (22 Nov)
Diterbitkan:  Nov 22, 2020 2:27 PM
Dikemaskini: 12:06 PM

Senarai 14 hari terdahulu: 7 Nov | 8 Nov | 9 Nov | 10 Nov | 11 Nov | 12 Nov | 13 Nov | 14 Nov | 15 Nov | 16 Nov | 17 Nov | 18 Nov| 19 Nov | 20 Nov | 22 Nov

Berikut adalah lokasi yang disahkan terjejas akibat Covid-19 hari ini.

Malaysiakini akan terus mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa setiap hari.

Sekiranya anda mengetahui mana-mana lokasi yang diumumkan hari ini tetapi tidak disenaraikan di sini, sila hantarkan e-mel ke [email protected].


KEDIAMAN

  • Kenwingston Square Garden, Cyberjaya

Pengurusan apartmen pada 21 Nov memaklumkan penduduk bahawa salah seorang penduduk disahkan positif pada 20 Nov. 

Kerja pembersihan dan nyahkuman telah dijalankan di kawasan awam.

  • Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur

Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa menjalankan ujian saringan di sebuah masjid berdekatan selepas lima kes positif dikenal pasti dalam masa beberapa hari di kalangan penduduk sekitar.

Program saringan itu mengenal pasti dua lagi kes positif.

  • Indah Apartment 4B, Taman Setapak Indah

Pengurusan pangsapuri melalui notis pemberitahuan kepada penduduk bertarikh 22 November berkata terdapat dua penduduk dengan kes Covid-19 yang disahkan.

Kerja pembersihan telah dilakukan di kawasan umum.

  • Kenwingston Square Garden, Cyberjaya

Pengurusan pangsapuri memberitahu penduduk pada 21 November bahawa salah seorang penghuninya positif Covid-19 pada 20 November. Semua kawasan umum akan dibasmi kuman dan dibersihkan.


PEJABAT

  • Galeri jualan, tapak pembangunan Bukit Bintang City Centre (BBCC)

Pengurusan BBCC berkaya galeri jualan dan tapak pembangunan mereka akan ditutup buat sementara waktu.

Ini setelah laporan dari kontraktor mereka mengatakan beberapa pekerjanya telah diuji positif untuk Covid-19.

Semua kakitangan di kedua-dua tempat tersebut akan menjalani ujian virus itu dan kerja pembersihan telah dilakukan di galeri jualan dan tapak pembangunan.


PENTAS PERSEMBAHAN

  • Sri Pentas 2, Shah Alam

Penyanyi Alif Satar mengadakan persembahan dalam program Muzik-Muzik pada 20 Nov, dan disahkan positif dua hari kemudian (hari ini).


LAIN-LAIN

  • Kampung Chengal, Ketereh

Seorang individu yang menghadiri majlis kenduri di kampung ini Ahad lalu disahkan positif Covid-19.

Justeru, mereka yang turut hadir ke majlis itu diminta melakukan ujian saringan, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kelantan, Dr Zaini Hussin.

[Senarai akan dikemas kini]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS