Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Covid-19: California umum perintah duduk di rumah
Diterbitkan:  Nov 20, 2020 4:16 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

GLOBAL l Gabenor California, Gavin Newsom pada Khamis mengumumkan perintah duduk di rumah akan dikuatkuasakan di negeri itu selama sebulan bermula 21 November bagi memperlahankan penyebaran Covid-19.

Di bawah arahan itu pekerjaan, pergerakan dan perhimpunan tidak dibenarkan, bermula 10 malam hingga 5 pagi waktu tempatan di zon ungu iaitu daerah dengan kadar jangkitan Covid-19 tertinggi, lapor agensi berita Xinhua.

"Virus merebak sangat pantas ketika ini. Dalam beberapa hari dan minggu berikutnya akan menjadi lebih kritikal jadi penting untuk memastikan ia tidak terus merebak. Kita mengambil langkah berjaga-jaga,” kata Newsom dalam satu kenyataan.

Sebanyak 41 daripada 58 daerah California kini berstatus zon ungu.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS