Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Biden sah menang di Georgia selepas kiraan semula undi
Diterbitkan:  Nov 20, 2020 11:19 AM
Dikemaskini: 4:26 AM

GLOBAL l Georgia mengesahkan calon presiden Demokrat Joe Biden sebagai pemenang pilihan raya 3 November di negeri itu, selepas audit undi selesai dijalankan pada Khamis, kata Setiausaha Negara Brad Raffensperger.

Audit, itu dilancarkan setelah keputusan tidak rasmi menunjukkan Biden mendahului Presiden Donald Trump, sekitar 14,000 undi daripada 5 juta undi yang dikira. Menurut data dari pejabat Raffensperger, keputusan muktamad adalah Biden menang dengan kelebihan 12,284 undi.

"Audit mengesahkan bahawa mesin mengira adalah tepat dalam memaparkan pemenang pilihan rayat," kata setiausaha pejabat negara itu dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Kiraan semula undi itu diadakan secara manual.

- Reuters


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS