Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mayat lelaki dengan kesan senjata tajam ditemukan di Jalan Bangsar

Mayat seorang lelaki dengan kesan kecederaan di badan ditemukan di atas jalan raya di Jalan Bangsar menghala Pantai Dalam, di Kuala Lumpur awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Zairulnizam Mohd Zainuddin berkata polis menerima panggilan berhubung penemuan mayat tanpa identiti itu pada 5.38 pagi.

“Siasatan lanjut mendapati mayat mangsa berusia lingkungan 30-an mempunyai kesan cedera di beberapa bahagian badan dipercayai menggunakan senjata tajam.

“Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zairulnizam berkata kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dan siasatan masih dijalankan bagi mengesan waris mangsa serta mengenal pasti motif kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mangsa atau mempunyai ahli keluarga yang hilang boleh menghubungi polis di talian 03--22979222 bagi memebantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi ciapan Twitter di ITIS DBKL, memaklumkan penutupan laluan dari arah KL Sentral ke Abdullah Hukum pada 7.20 pagi tadi bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di lokasi dan dibuka semula pada 8.25 pagi.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS