Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1,290 kes baru, 4 lagi kematian
Diterbitkan:  Nov 19, 2020 6:24 PM
Dikemaskini: 12:54 PM

Sehingga tengah hari tadi, Malaysia mencatatkan 1,290 kes baru dalam tempoh 24 jam.

Empat kes kematian turut dicatatkan, menjadikan jumlah korban keseluruhan di Malaysia akibat wabak itu adalah 326.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan bahawa 110 pesakit Covid-19 kini di unit rawatan rapi (ICU), melebihi rekod sebelumnya iaitu 108 pada 3 April.

Daripada jumlah kes baru yang dilaporkan, lima merupakan kes import, sementara selebihnya, 1,285 adalah merupakan penularan tempatan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, dua negeri yang mencatatkan kes yang tertinggi pada hari ini adalah Sabah (660 kes) dan Selangor (407 kes).

Sorotan kes harian:

  • Kes aktif:13,222 ↑ (408 lebih banyak berbanding semalam, rekod baru)
  • Rawatan intensif: 110 ↑ (7 lebih banyak berbanding semalam)
  • Pesakit memerlukan bantuan pernafasan: 37 ↓ (4 kurang berbanding semalam)
  • Kematian baru: 4

Sabah melaporkan jumlah kes baru terbanyak (51.2 peratus) diikuti Lembah Klang (37.1 peratus) dan Perak (3.7 peratus).

Sepertiga kes baru di Sabah berkaitan dengan pusat tahanan.

Di Lembah Klang, separuh daripada kes baru mempunyai kaitan dengan Kluster Teratai, yang melibatkan kilang sarung tangan di daerah Kapar, Selangor.

Sebilangan besar kes baru juga ditemui di kluster baru di Selangor yang dikenali sebagai Kapas BJ, yang melibatkan daerah Hulu Langat.

Kluster Teratai dan Kluster Kapas BJ melibatkan kawasan yang mempunyai banyak pekerja asing.

Dua kematian dilaporkan di Sabah. Dua lagi kematian dilaporkan masing-masing di Johor dan Perak.

Perinciannya adalah seperti berikut:

  • 'Pesakit 43,767' - Warganegara Malaysia, wanita berumur 62 tahun, yang meninggal dunia di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom di Kluang, Johor.
  • 'Pesakit 43,923' - Warganegara Malaysia, wanita berumur 29 tahun, meninggal dunia di Hospital Duchess of Kent di Sandakan, Sabah.
  • 'Pesakit 45,064' - Warganegara Malaysia, lelaki berumur 58, meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh, Perak.
  • 'Pesakit 50,117' - Wanita warga asing, berumur 47 tahun, meninggal dunia di Hospital Lahad Datu, Sabah.

Angka kematian di Sabah kini mencapai 184 atau 56.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kematian yang direkodkan akibat Covid-19 di negara ini.

Berikut merupakan kes yang dicatat berdasarkan negeri dan sumber pengesanan.

Sabah (660)
Kluster sedia ada: 418
Kontak rapat: 144
Pemeriksaan lain: 98

Selangor (407)
Kluster sedia ada: 306
Kluster baru (Kapas BJ): 55
Kontak rapat: 19
Pesakit yang mengalami gejala: 1
Pemeriksaan lain: 26

Kuala Lumpur (72)
Kluster sedia ada: 45
Kluster baru (Prestij): 15
Import: 5
Kontak rapat: 4
Pemeriksaan lain: 3

Perak (48)
Kluster sedia ada: 35
Kluster baru (Bah Bercham): 2
Kontak rapat: 5
Pesakit yang mengalami gejala: 1
Pemeriksaan lain: 5

Negeri Sembilan (32)
Kluster sedia ada: 26
Kontak rapat: 5
Pemeriksaan lain: 1

Kelantan (17)
Kluster sedia ada: 15
Pemeriksaan lain: 2

Labuan (15)
Kluster sedia ada: 3
Kontak rapat: 7
Pemeriksaan lain: 5

Johor (15)
Kluster sedia ada: 3
Kluster baru (Kiambang): 8
Kontak rapat: 3
Pemeriksaan lain: 1

Pulau Pinang (8)
Kluster sedia ada: 7
Pesakit yang mengalami gejala: 1

Sarawak (8)
Kluster sedia ada: 6
Kontak rapat: 1
Pemeriksaan lain: 1

Kedah (7)
Kluster sedia ada: 7

Melaka (1)
Kontak rapat: 1

Pahang, Terengganu, Putrajaya dan Perlis tidak melaporkan kes baru.

Empat kluster baru

Kementerian Kesihatan hari ini mengklasifikasikan empat kluster baru.

Kes indeks untuk kluster Kapas BJ yang disebutkan di atas melaporkan gejala pada 28 Oktober. Setakat ini, 76 kes dikaitkan dengan kluster ini.

Kluster Prestij melibatkan kakitangan syarikat pembersihan yang diperiksa hari ini. Dua puluh kes telah dikaitkan dengan kluster ini setakat ini.

Kluster Prestij melibatkan daerah Lembah Pantai dan Titiwangsa di Kuala Lumpur.

Kluster Bah Bercham melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks baru-baru ini kembali dari Sabah dan diuji positif pada 13 November. Lima kes dikaitkan dengan kluster ini.

Kluster Kiambang melibatkan daerah Mersing, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor. Kes indeks melaporkan gejala pada 16 November. Sembilan kes dikaitkan dengan kluster ini setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah tidak mengadakan taklimat akhbar harian hari ini.

Difahamkan bahawa taklimat hanya akan berlangsung pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat, iaitu pada hari sama mesyuarat Majlis Keselamatan Negara diadakan.

Format kenyataan media KKM hari ini diubah, dengan senarai penuh kes baru berdasarkan kluster aktif tidak dinyatakan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS