Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PKPD di beberapa kawasan di Ipoh, Kota Belud
Diterbitkan:  Nov 18, 2020 6:27 PM
Dikemaskini: 10:27 AM

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob mengumumkan perintah kawalan pergerakan diperkatatkan (PKPD) dan lanjutan perintah itu di beberapa kawasan yang melibatkan penjara dan kawasan kediaman hari ini.

Di Perak, Zon B dan C Taman Meru 2C di Ipoh akan ditempatkan di bawah PKPD selama 14 hari mulai 20 November.

Ini berlaku setelah 76 kes Covid-19 dicatatkan di daerah tersebut.

Sebanyak 2,288 penduduk dan 572 rumah akan terlibat.

Di Sabah, PKPD akan dikenakan ke atas Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon di Kota Belud berikutan 36 kes aktif yang dikesan di kawasan tersebut.

Perintah itu akan berkuat kuasa pada 20 November, dan melibatkan 1,740 penduduk di kedua-dua kawasan tersebut.

Ismail berkata seorang wakil dari setiap rumah di kedua-dua kampung tersebut akan dibenarkan keluar dari kawasan PKPD untuk mengeluarkan wang dan membeli barang keperluan.

Mereka dibenarkan melakukannya kerana kemudahan perbankan dan kedai-kedai yang berkaitan terletak di luar kawasan PKPD.

Namun, mereka harus mendapatkan kebenaran daripada polis.

Sementara itu, PKPD di pusat tahanan sementara di Tawau, penjara Sandakan, dan Kuarters Penjara Taman Wira di Sandakan, akan dilanjutkan selama 14 hari lagi mulai 20 November.

Katanya, terdapat 137 kes aktif di pusat tahanan sementara, dan 141 kes aktif di penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira.

Pelanjutan PKPD yang sama diumumkan di penjara Seberang Perai dan kawasan sekitar mulai esok hingga 2 Disember.

PKPD di kedua-dua kawasan tersebut telah bermula pada 22 Oktober hingga 4 Nov, sebelum dilanjutkan sehingga hari ini.

Kawasan berkenaan telah merekodkan 557 kes dan terdapat 75 ujian saringan masih menunggu keputusan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS