Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Seramai 210 individu dipercayai kontak rapat kepada kes Kluster Mengketil - iaitu kluster kedua di Kelantan - disaring, kata Jabatan Kesihatan Kelantan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini, daripada jumlah tersebut 24 kes didapati positif - termasuk 12 terbaru semalam - manakala 164 individu negatif dan 22 individu masih menunggu keputusan.

Keputusan itu, kata jabatan berkenaan, dijangka diperoleh dalam masa terdekat.

"Kluster Mengketil membabitkan daerah Kota Bharu, Machang dan Tanah Merah di Kelantan dan Besut di Terengganu," katanya.

Semalam Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah mengumumkan kluster Mengketil sebagai kluster baru di Kelantan.

Selain itu, empat lagi kluster baru direkodkan membabitkan dua di Sabah serta satu masing-masing di Kuala Lumpur, Pulau Pinang.

Kelantan pun merekodkan 19 kes baru menjadikan keseluruhan kes aktif di negeri itu sebanyak 55 kes setakat semalam.

Sementara itu Jabatan Kesihatan Kelantan berkata, kes indeks bagi kluster Mengketil (kes ke-203) adalah kes severe acute respiratory infections (SARI) dan dikenal pasti positif Covid-19 pada 13 Nov.

Mangsa kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

"Saringan kontak rapat mengesan sebanyak 23 lagi kes positif Covid-19," tambah kenyataan itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS