Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Penunjuk perasaan antikerajaan berkumpul di luar parlimen Thailand

GLOBAL | Polis anti rusuhan menembak gas pemedih api dan meriam air bagi menyuraikan penunjuk perasaan anti kerajaan, yang cuba untuk memotong pagar berduri dan penghalang konkrit di luar parlimen di Bangkok.

Ratusan penunjuk perasaan anti kerajaan berkumpul di luar parlimen di mana ahli parlimen sedang membincangkan cadangan pindaan perlembagaan di parlimen hari ini.

Terdahulu polis telah mengeluarkan amaran untuk tidak membenarkan penunjuk perasaan berada 50 meter dari kawasan parlimen.

Walaupun diberikan amaran, penunjuk perasaan anti kerajaan itu berkumpul di dua tempat iaitu Kiak Kai dan Samsen Road, berhampiran parlimen dan mula mengalihkan penghalang jalan.

Polis anti rusuhan menembak meriam air diikuti gas pemedih mata pada penunjuk perasaan yang memakai topi keledar dan topeng yang cuba memotong pagar berduri.

Kemudiannya, beberapa tembakan meriam air dan gas pemedih mata ditembak pada penunjuk perasaan yang marah dan membaling bom asap berwarna dan botol air ke arah polis.

Pusat Perubatan Erawan di Bangkok melaporkan, sekurang-kurangnya lima orang cedera akibat gas pemedih mata dan menerima rawatan di hospital berdekatan.

Sementara itu, kumpulan yang setia berpakaian t-shirt kuning berkumpul di luar parlimen menentang cadangan pindaan kepada perlembagaan, bertembung dengan penunjuk perasaan anti kerajaan di Kiak Kai Road.

Saksi melaporkan yang kedua-dua kumpulan dilihat membaling botol air dan batu.

Sejak pertengahan Julai, penunjuk perasaan anti kerajaan telah mengadakan perhimpunan di Bangkok dan bandar-bandar lain mengulangi tuntutan untuk perubahan politik, termasuk perdana menteri meletakkan jawatan, pembubaran parlimen, pindaan perlembagaan dan reformasi kepada sistem beraja.

Sebelum ini, penganjur tunjuk perasaan menyatakan yang mereka akan terus mengadakan tunjuk perasaan sehingga adanya pengundian pindaan perlembagaan, yang dijangkakan pada Rabu petang.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS