Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan rekod 19 kes dan satu kluster baru
Diterbitkan:  Nov 17, 2020 7:05 PM
Dikemaskini: 11:05 AM

Kelantan merekodkan 19 kes baru Covid-19 dan pertambahan satu kluster baru iaitu kluster Mengketil, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 12 kes yang direkodkan adalah daripada kluster baru berkenaan.

"Sebanyak 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baru iaitu kluster Mengketil dan satu kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI)," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Terdahulu, kes Covid-19 menunjukkan trend peningkatan dengan kemunculan kluster Kube pada minggu lalu.

Kelantan kini merekodkan 55 kes aktif setakat hari ini melibatkan daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh dan Jeli.

Secara keseluruhan sebanyak 237 kes terkumpul direkodkan di negeri itu dengan tiga kes melibatkan kematian.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS